Honda dan Komatsu hasilkan jengkaut comel yang anda mahu!

oleh HEZERI SAMSURI|
Mainan untuk wanita mungkin lebih kepada kelengkapan dapur yang canggih dan moden. Pengisar, pembuat roti, air-frier, pembuat jus dan pelbagai lagi yang akan dibeli dan kemudian disimpan di dalam stor selepas seminggu dua.

Untuk kaum Adam, tidak ada bezanya dan antara yang memang diminati ialah alatan berkebun.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Bagi yang memiliki kawasan rumah dan tanah yang luas, memiliki jengkaut sendiri memang menjadi idaman.

Namun begitu, saiz jengkaut selalunya lebih besar dari rumah sendiri. Maka kerana itu, ada jengkaut mini yang lebih praktikal dan lebih mampu milik.

Honda dan Komatsu telah bergabung untuk menghasilkan jengkaut mini PC 01E yang menggunakan tenaga elektrik.

 

 

 

Ini berjaya dilakukan dengan wujudnya bateri swap mudah tukar dari Honda.

Bateri mudah tukar Mobile Power Pack (MPP) ini sebenarnya diwujudkan untuk motosikal dan skuter elektrik Honda tetapi nampaknya ia juga boleh digunakan oleh jengkaut Komatsu.

Komatsi PC 01 adalah jengkaut paling kecil yang boleh ditunggang oleh manusia, dan ia sebenarnya telah wujud sejak sekian lama tetapi menggunakan enjin.

Kali ini, varian PC 01E menggunakan motor elektrik di belakang dengan bantuan dua bateri MPP dengan kemampuan beban maksimum 1 tan.

Ia masih belum dijual kepada umum tetapi jangan risau kerana pelancaran awamnya akan dilakukan sebelum Mac 2022.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…
Berita Global
  Nampaknya trend penurunan harga kenderaan elektrik (EV) bukan lagi terpencil. Semasa…