Honda daftarkan nama 'Motocompacto' - kemunculan semula skuter mini Motocompo?

oleh Mohamad Hanif|
Bagi para peminat siri anime 'You're Under Arrest' pasti tidak dapat melupakan aksi anggota polis wanita menjalankan tugas-tugas dengan kehadiran sebuah skuter mini yang comel itu, Honda Motocompo.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berita baik buat para peminat Motocompo, ini kerana menurut laporan daripada Motorcycle.com, Honda telah mendaftarkan tanda dagangan "Motocompacto" di Amerika Syarikat berdasarkan pencarian data di pejabat U.S. Patent and Trademark Office. 

Sebagai makluman, Honda sebelum ini telah pun mengeluarkan sebuah produk skuter mini Honda Motocompo bersama-sama Honda City dan Honda Today. 
 


Dimensi trunk bike ini sememangnya kecil, dan sesuai untuk dimuatkan di dalam but kereta. 

Ia didatangkan dengan enjin 49 cc dua lejang, dengan kuasa sekitar 2.5 hp dan kapasiti tangki bahan api sebesar 2.2 liter. 

Cukup sesuai untuk dijadikan sebagai solusi perbatuan terakhir (last mile solution) terutama di dalam kawasan bandar. 
 


Namun, kami tidak menjangkakan Honda akan menggunakan resipi enjin dua lejang yang sama pada skuter Motocompacto di zaman trend EV yang semakin meningkat ini. 

Berkemungkinan besar Honda Motocompacto ini bakal menawarkan ciri yang mudah dilipat dan disimpan, dan hadir dengan trenkuasa elektrik dan reka bentuk retro moden, seperti yang dibawakan pada model EV Honda E. 

Apapun, tunggu dan lihat sahaja bagaimana Honda mahu merealisasikan idea Motocompacto ke dalam dunia sebenar. 

Sumber: Motorcycle.com

Berita Berkenaan

Berita Global
  Seperti kei-car lain, N-VAN digerakkan enjin 660 cc bagi varian G, L, FUN, FUN STYLE+ NATURE …
Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…