Honda daftar paten Super Cub EV

oleh Mohamad Hanif|
Honda dilaporkan telah mendaftarkan paten untuk model motosikal elektrik Super Cub berdasarkan penemuan dokumen pendaftaran di Pejabat Pendaftaran Hak Dagangan dan Paten Amerika Syarikat oleh laman web Autoblog.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan semakan, pendaftaran tersebut sebenarnya telah pun dibuat kira-kira empat tahun yang lalu, namun ia hanya disedari baru-baru ini.

Kisah ini timbul tidak lama selepas Honda mendaftarkan sebuah lagi model motosikal kompak elektrik yang dikenali dengan nama Motocompacto - satu penghormatan buat Honda Motocompo.

 


Cerita berkenaan Honda mahu menghasilkan motosikal elektrik bukanlah kisah baharu, bahkan Honda sendiri pernah mempamerkan sebuah model konsep Super Cub EV di Tokyo Motor Show 2009.

Dari segi luaran, ia membawakan rekaan yang serupa dengan model standard Super Cub, akan tetapi seksyen tengah didapati lebih kecil dimensinya tanpa kehadiran enjin di bahagian tersebut.

 


Honda sekali lagi mempamerkan sebuah Super Cub EV pada Tokyo Motor Show 2015, kali ini ia merupakan versi yang paling hampir dengan rekaan Super Cub tradisional.

Dengan status Super Cub sebagai model motosikal paling laris terjual (100 juta unit) dan tempoh produksi selama 62 tahun, Honda Super Cub nampaknya bakal berevolusi menjadi sebuah motosikal elektrik yang tak lapuk dek teknologi dan zaman.

Sumber: Autoblog