Streetfighter itu bakal menampilkan enjin silinder tunggal bersesaran 184cc SOHC sejukan udara dengan sistem suntikan bahan api yang mampu menjana 16 PS dan 15 Nm daya kilas pada putaran enjin 7,000 rpm.
Kotak gear pula adalah jenis manual lima nisbah kelajuan.
Dari segi rekaan pula, gambar paten yang diperoleh memaparkan motosikal streetfighter dengan tema yang agresif dengan lampu utama yang agak tajam, serta rekaan tangki yang berotot.
Honda India mensasarkan penjualan motosikal ini (CBF 190 R?) untuk mereka yang mahukan naik taraf daripada motosikal 150 cc tanpa mengorbankan aspek praktikaliti.
Sekiranya berita ini benar, motosikal baharu ini bakal bersaing dengan model-model lain seperti TVS Apache RTR 180, RTR 200 serta model Bajaj Pulsar NS200 di pasaran India.
Sumber: GaadiWaadi