Honda daftar paten motosikal ADV dengan enjin empat silinder sebaris

oleh Mohamad Hanif|
Setelah bertahun-tahun Honda memberikan gambaran konsep motosikal kembara dengan nadi empat silinder sebaris, pengeluar Jepun itu akhirnya bersedia melangkah satu tapak ke hadapan bagi merealisasikan impian tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hal ini didapati menerusi pendaftaran paten yang dibuat oleh Honda di European Intellectual Property Office untuk sebuah motosikal ADV dengan nadi empat silinder sebaris.

Ini merupakan satu perubahan kepada segmen motosikal ADV di mana tidak banyak model yang ditawarkan dengan enjin empat silinder sebaris, melainkan enjin silinder tunggal, serta variasi enjin silinder berkembar (V-Twin, parallel twin, flat twin).

Dengan kehadiran jentera ADV Honda baharu ini, ia bakal memberikan saingan kepada Kawasaki dan BMW yang turut sama hadir dengan motosikal kembara bernadikan enjin empat silinder sebaris (Versys 1000 dan S1000XR).

 


Rekaan yang dibawakan oleh Honda ADV ini membawakan persamaan dengan jentera yang disebutkan tadi, dengan rekaan badan yang sporti, serta rim tuang yang menandakan bahawa ia lebih sesuai untuk kegunaan jalan aspal, dan bukan jalan off-road.

Terdapat dua sebab kenapa rekaan enjin empat silinder sebaris ini tidak begitu popular di kalangan jentera kembara.

Pertama, enjin inline-four memiliki rekaan yang lebih besar berbanding konfigurasi enjin lain yang memiliki sesaran yang serupa, dan ia sekaligus memberikan kesan kepada rekaan keseluruhan motosikal ADV yang sepatutnya direka lebih tirus.

Kedua, enjin empat silinder sebaris lebih sesuai digunakan pada motosikal jalanan yang lebih sporti, ini kerana kuasa kuda dan daya kilas yang dicapai menerusi putaran enjin tertinggi.

Jadi, ia tidak begitu mendatangkan kelebihan buat jentera off-road di mana daya kilas pada putaran enjin yang lebih rendah lebih diperlukan di dalam situasi yang mendesak.

 


Sumber: RideApart

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…
Berita Global
Akan tetapi, usah terkejut apabila jenaka kotak gear Fast Furious itu ternyata bakal menjadi satu…
Berita Global
Selepas berjaya menghasilkan unit penambah jarak rotari dengan rekaan rotor tunggal 8C pada Mazda…