Honda daftar kembali nama CR-Z di Amerika Syarikat - kemunculan semula Honda CR-Z?

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu penemuan yang tidak disangka menerusi Pejabat Pendaftaran Paten dan Tanda Dagangan Amerika Syarikat, Honda dilihat memperbaharui semula tanda dagangan bagi nama CR-Z - model hibrid sport yang telah dihentikan produksinya pada 2016.
Modenas

Menurut laporan daripada Motor1.com, tanda dagangan CR-Z di Amerika Syarikat telah pun luput pada 30 Jun, 2017 dan Honda dilihat memperbaharui semula permohonan tersebut pada 29 Julai yang lalu.

Apa yang lebih menimbulkan persoalan adalah tiada sebarang petanda Honda membuat permohonan yang sama di pasaran antarabangsa yang lain.

Model sports coupe hibrid dua pintu Honda CR-Z mula diperkenalkan pada tahun 2010 menerusi acara North International Auto Show, dan pada ketika itu, ia lebih bersifat niche dan tiada sebarang pesaing secara terus.
 

sumber: Wikipedia


Trenkuasa 'jimat bahan api' yang didatangkan terdiri daripada enjin empat silinder 1.5 liter dengan bantuan Integrated Motor Assist (IMA) yang menghasilkan 122 kuasa kuda dan 174 Nm daya kilas, sebelum dipertingkatkan kepada 130 hp/190 Nm untuk model tahun 2013.

Walaupun pada awalnya ia dipasarkan sebagai model pengganti 'spiritual' kepada model lagenda CRX, kadar penjualan Honda CR-Z tidak mencapai tahap yang diinginkan oleh Honda.

Melihatkan kepada peningkatan trend penggunaan trenkuasa hibrid (terutama di Eropah), adalah Honda bakal hadir dengan jentera sports dengan nadi hibrid yang lebih berkuasa pada masa akan datang?

Sumber: Motor1

Add new comment