Honda CyberRace - bayangan kereta lumba pada tahun 2088

oleh Mohamad Hanif|
Bila melihatkan kepada konsep perlumbaan yang dipertunjukkan oleh Honda menerusi Honda CyberRace oleh Frederic Le Schiellour, ia sebenarnya mengingatkan penulis kepada filem anime Redline.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Filem anime aksi dan fiksyen sains tersebut mengisahkan sebuah perlumbaan yang bertempat pada zaman akan datang menampilkan beberapa buah kenderaan yang memiliki reka bentuk yang amat futuristik dan menafikan beberapa hukum fizik dunia nyata. 


Honda CyberRace ini merupakan sebuah projek dengan visi memperlihatkan bagaimana sebuah kereta lumba yang mungkin mengambil rupa pada tahun 2088, dengan ciri pemanduan autonomi. 

Frederic Le Schiellour membayangkan sebuah trek perlumbaan yang dihubungkan di antara bangunan ke bangunan dengan ciri litar yang transparent membolehkan para penonton dan kereta di atas jalan raya biasa boleh melihat aksi CyberRace ini. 

Sepertimana yang anda boleh saksikan, Honda CyberRace ini menampilkan enam buah tayar yang berbentuk errr.. segi empat. 

 


Jangan tertipu kerana 'tayar segi empat' tersebut sebenarnya adalah pelindung kepada tayar sebenar yang ditugaskan untuk menggerakkan kereta lumba ini, dan pelindung tersebut sebenarnya membantu meningkatkan lagi tahap aerodinamik ketika berlumba. 

Menurut Frederic lagi, memandangkan profil kereta Honda CyberRace ini yang agak rendah, tiada seorang pemandu diperlukan bagi menggerakkan kereta lumba ini.

Tema futuristik diteruskan lagi dengan penggunaan nadi kuasa elektrik bagi menggantikan nadi kuasa enjin pembakaran dalaman, walaupun tiada sebarang maklumat menjelaskan berapa kuasa kuda dan daya kilas yang dihasilkan oleh Honda CyberRace ini. 
 


Jadi, adakah konsep ini bakal menjadi kenyataan pada masa akan datang? 

Adakah ia menjadi sebuah perlumbaan yang menyeronokkan dengan penampilan komputer menggantikan khidmat pemandu lumba sebenar?

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…
Berita Global
  Nampaknya trend penurunan harga kenderaan elektrik (EV) bukan lagi terpencil. Semasa…