Honda CRF250 RALLY 2021 dilancarkan - rupa diinspirasikan daripada jentera Dakar

oleh Mohamad Hanif|
Boon Siew Honda baru-baru ini mengumumkan pelancaran model Honda CRF250 RALLY FMC (Full Model Change) yang membawakan rekaan yang diinspirasikan daripada jentera HRC CRF450 RALLY Dakar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Lampu hadapan jentera CRF250 RALLY ini menggunakan unit LED yang direka semula, sementara lampu membelok pula diberikan struktur cagak getah yang lebih fleksibel.

Antara perubahan yang dibawakan pada model tahun 2021 ini adalah talaan semula kepada nisbah kelajuan kotak gear untuk prestasi pecutan dan jelajah yang lebih baik, penambahan klac Assist/Slipper, pengurangan berat badan, pelana yang lebih lebar, tangki bahan api yang lebih besar (12.8 liter) dan paparan meter LCD baharu yang menampilkan indikasi posisi gear dan penggunaan bahan api.  

 


Honda CRF250 RALLY dikuasakan oleh nadi 250 cc silinder tunggal DOHC empat lejang sejukan cecair yang berupaya menjana 24.5 kuasa kuda dan daya kilas maksimum 23 Nm @ 6,500 rpm.

Penukaran gear dibantu dengan klac Assist/Slipper yang meningkatkan kawalan tunggangan dalam apa jua keadaan.

 


Sistem suspensi CRF250 RALLY ini terdiri daripada fork hadapan jenis terbalik 43 mm, dibantu dengan sistem suspensi Pro-Link di belakang, sementara kawalan pemberhentian pula mendapat bantuan brek anti-kunci ABS dua saluran sebagai ciri standard.

Ciri ABS untuk roda belakang pula boleh dimatikan untuk tunggangan off-road.

Pengurangan berat badan yang disebutkan itu tadi disumbangkan oleh penggunaan rangka dan lengan ayun baharu dengan penjimatan sehingga 5 kg.

Tempat duduk yang lebih lebar, serta tempat pemijak jenis getah pula menambahbaik kadar keselesaan tunggangan.

 


Honda CRF250 RALLY hanya didapati dalam warna Extreme Red sahaja, dan harga jualan bermula dari RM27,599.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Boon Siew Honda Sdn Bhd hari ini membawakan kemaskini penawaran warna baharu kepada dua buah model…
Berita Domestik
Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) terus melangkah bagi menguasai semula pasaran motosikal dengan…