Honda CR-V PHEV: kini dengan sistem i-MMD dua motor, 184 PS!

oleh Mohamad Hanif|
Bertempat di Beijing Motor Show 2020, Honda telah memperlihatkan sebuah varian baharu SUV CR-V yang dilengkapi dengan sistem plug-in hybrid (PHEV), sekaligus merangkap model pertama Honda yang hadir dengan sistem tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia bakal dijual di China seawal tahun hadapan, menggunakan nama CR-V Sport Hybrid e+.

 


Untuk membezakan antara Honda CR-V PHEV dengan CR-V standard, beberapa perubahan dibawakan seperti rekaan lampu utama yang diberikan nafas baharu, gril hadapan dengan rekaan tiga sayap melintang, serta logo Honda berlatarbelakangkan warna biru.

Selain daripada itu, cladding plastik yang menghiasi arca roda dilayangkan warna hitam berkilat, diikuti dengan rekaan rim yang unik dan lencana e:PHEV yang ditampal pada bahagian belakang.

 


Menurut Honda, CR-V PHEV dikuasakan oleh trenkuasa hibrid i-MMD dua motor, terdiri daripada enjin 2.0 liter petrol kitaran Atkinson LFB13 dibantu dengan motor elektrik dan angka output keseluruhan 184 PS dan memberikan pulangan bacaan penggunaan bahan api serendah 4.9 liter untuk setiap 100 km.

Untuk pasaran China, Honda CR-V Sport Hybrid e+ ini ditawarkan dalam enam varian dengan harga bermula dari CNY209,800 (RM127,927).