Honda CR-V Mugen Concept cuma 300 unit sahaja dengan harga bermula dari RM152,900

oleh SALINA JALIL|
Honda Malaysia telah mengumumkan bahawa model SUV lima tempat duduk mereka yang kini hadir dengan Edisi Terhad CR-V Mugen Concept dan telah mula dijual untuk pasaran Malaysia.


CR-V Edisi Terhad ini cuma ada 300 unit sahaja dan ia berdasarkan varian 1.5L Turbo 2WD dan dijual pada harga RM152,900 bagi warna Passion Red Pearl. Untuk warna Orchid Pearl pula ia dijual pada harga RM153,300 iaitu harga atas jalan tanpa insurans.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Honda CR-V Mugen Concept ini telah dipamerkan sebanyak dua kali di Malaysia sebelum ini. Kali pertama adalah pada KLIMS 2018 dan kali kedua ketika Malaysia Autoshow 2019. Perbezaan di antara versi pameran dan yang dijual ini adalah dari segi saiz rim aloi, walaupun penampilan semasa pameran adalah rim 19-inci MDR dari Mugen, versi yang dijual ini pula didatangkan dengan rim 18-inci dari versi standard.

 

Seperti model konsep berkenaan, bahagian bawah bampar kini juga diberikan warna yang sama seperti badan dan bahagian bawah bampar belakang. Di bahagian gril pula terdapat perbezaan termasuk logo (emblem) yang kini diletakkan dengan logo Mugen.
 

 

Di bahagian kabin pula ia masih kekal dengan kemasan warna hitam serta perincian kayu, sama seperti versi standard. Tiada pengurangan atau penambahan lain, versi ini masih didatangkan dengan sensor parkir empat penjuru, pengilap cermin automatik, termasuk lampu hadapan, DRL, lambu kabus LED, sistem penghawa dingin dua-zon serta sokong infotainmen Apple CarPlay dan Android Auto.
 

Dari aspek keselamatan pula, CR-V ini diberikan enam beg udara, VSA dan bantuan mula mendaki, auto brake hold dan Isofix di belakang. Bahagian enjin masih kekal dengan 1.5 liter turbo yang menghasilkan 193 PS dan 243Nm tork dengan transmisi CVT ke roda depan.

 

 

Honda CR-V adalah model pertama yang dipasang siap di Malaysia oleh Honda Malaysia pada tahun 2003 dengan angka jualan sebanyak 95,000 unit di Malaysia sehingga Jun 2019. Secara keseluruhannya, Honda Malaysia telah pun menjual hampir 27,000 unit CR-V Generasi ke-lima sehingga Jun 2019 dan masih mengekalkan kedudukan pertama dalam segmen SUV Bukan Nasional.

 

Bersempena dengan pelancaran Edisi Terhad CR-V Mugen ini, pelanggan yang memandu uji CR-V edisi ini akan berpeluang memenangi hadiah eksklusif bernilai sehingga RM100,000** (tertakluk kepada terma dan syarat).

 

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melawat mana-mana 98 pengedar Honda di seluruh negara atau hubungi talian bebas tol 1-800-88-2020 atau log masuk ke https//www.honda.com.my.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Namun begitu kami yakin ia mampu dicapai berdasarkan rekod jualan yang baik bagi tahun lalu yang…
Berita Domestik
Pencapaian tersebut menjadikan Honda Malaysia kekal kedudukan nombor satu dalam negara untuk…
Berita Domestik
Sebagai varian yang paling tinggi dalam penawaran SUV CR-V generasi baharu, CR-V e:HEV RS…