Honda CR-V - kenapa popular sejak dari dulu lagi?

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda CR-V generasi pertama hingga kelima
Honda CR-V generasi pertama hingga kelima
Di pasaran tempatan pengguna tidak kurang pilihan untuk mendapatkan SUV malah boleh jadi keliru untuk membuat pilihan.

Ini tidak menghairankan memandangkan SUV adalah segmen popular dan ditawarkan dari sekecil segmen B sehingga D.

Di antara pilihan yang ada semestinya Honda CR-V dan ia kekal popular untuk beberapa generasi.

Perhatikan di atas jalan raya, masih banyak CR-V generasi terdahulu malah mempunyai kelab peminat yang aktif.

CR-V yang berada di pasaran sekarang adalah dari generasi kelima dan diperkenalkan di negara kita pada Julai 2017.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Honda CR-V generasi pertama

 

Tahukah anda CR-V dipasang di negara kita atau lebih tepat lagi di kilang Honda Melaka sejak 2003 lagi?

Kini lebih 100,000 unit CR-V berjaya dijual dan satu indikator populariti SUV tersebut di kalangan pengguna tempatan.

Jadi apa yang membuatkan Honda CR-V popular? Berikut ialah faktor yang menyumbang berdasarkan pemerhatian kami:

1. Reka bentuk menarik

 

Honda CR-V generasi pertama

 

Perhatikan reka bentuk CR-V generasi pertama sehingga generasi terbaru, masing-masing membawa gaya tersendiri.

Tidak salah untuk dikatakan peminat ternanti-nanti gaya dan pembaharuan pada setiap generasi CR-V.

CR-V generasi pertama hadir dengan reka bentuk utilitarian dan berevolusi sehingga gaya urban pada generasi terkini.

CR-V generasi kelima membawa reka bentuk sofistikated dan dilihat sesuai untuk pelbagai lapisan umur dan boleh diperhatikan pada demografi usia yang memandunya.

Senang kata, orang muda pun tidak segan untuk memandu CR-V terbaru dan Honda berjaya mengubah persepsi bahawa CR-V hanya sesuai untuk pelanggan lebih berusia.  

2. Praktikal

 

Honda CR-V generasi kedua

 

Sebagai sebuah SUV, CR-V mempunyai kelebihan dari segi praktikaliti dan berbaloi dijadikan kereta keluarga.

Berada dalam segmen C menjadikan CR-V sebuah SUV yang seimbang, tidak kecil malah mempunyai saiz sesuai untuk keluarga.

Dengan CR-V anda boleh memandu ke tempat kerja, beriadah dengan memuatkan basikal, membawa muatan di belakang dan semestinya pulang ke kampung atau melancong ke pelbagai destinasi.

3. Ciri-ciri all rounder

Honda CR-V generasi kedua

Tidak dinafikan, banyak SUV di pasaran tempatan dan kelebihan CR-V terletak pada ciri all rounder dengan pakej lengkap seperti reka bentuk, kuasa, teknologi dan saiz yang berpadanan serta keselesaan.

Adalah penting untuk sebuah SUV menjadi sebuah SUV sebenar.

Maksud di sini ialah selesa untuk penumpang, sedap dipandu, boleh membawa banyak muatan dan tanpa mengabaikan aspek kuasa.

Saiz but CR-V terbaru ialah 522 liter dan apabila kerusi belakang dilipat kapasiti tersebut meningkat kepada 1,084 liter.

 

Honda CR-V generasi kelima

 

Di sini letaknya kelebihan CR-V yang memenuhi pelbagai keperluan dan kehendak pengguna.

Satu lagi aspek penting ialah penyelenggaraan dan pengalaman pemilikan.

Memandangkan CR-V sebuah SUV popular dan produk global ianya membantu dari segi penyelenggaraan dan kemudahan untuk mendapatkan alat ganti.

Penyelenggaraan dan alat ganti sebenarnya aspek penting dalam memiliki sesebuah kenderaan kerana ia menyumbang kepada ketenangan minda pemilik.

4. Teknologi canggih dan berprestasi

 

Honda CR-V generasi kelima

 

CR-V generasi kelima dibekalkan enjin berprestasi tinggi 1.5L VTEC Turbo yang lebih berkuasa daripada enjin aspirasi normal 2.4 liter.

Enjin itu mempunyai kuasa 193 PS dan tork 243 Nm.

Kuasa tersebut bukan untuk tujuan berlumba atau menyamai kereta sport tetapi berpadanan untuk fungsinya sebagai sebuah SUV keluarga.

Prestasi pecutan dari 0 hingga 100 km/j pula memerlukan 9.2 saat (1.5 TC 4WD) dan angka tersebut sudah memadai.

Apa yang penting ialah julat kuasa dan tork untuk menjalankan tugas dengan baik seperti membawa penumpang, memotong dan membawa muatan.

Satu lagi ciri menarik ialah cukai jalan 1,500 cc yang mesra poket pemilik.

 

Honda CR-V 1.5L VTEC Turbo

 

Selain enjin, CR-V* juga canggih dengan teknologi Honda SENSING dan LaneWatch.

Honda SENSING adalah rangkuman kepada sejumlah teknologi bantuan pemanduan seperti Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW), Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran (CMBS), Sistem Amaran Keluar Lorong (LDW), Sistem Mitigasi Keluar Dari Jalan, (RDMS), Kawalan Pemanduan Adaptif (ACC) dan Sistem Mengikuti Kenderaan (LSF).

Teknologi tersebut berupaya membantu pemandu dalam mengendalikan CR-V dan berupaya mencegah kemalangan atau mengurangkan kecederaan apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Teknologi LaneWatch pula membantu pemandu dengan memaparkan imej kiri kereta terus kepada skrin papan pemuka tanpa perlu memandang cermin sisi.

Bila Honda CR-V 2020 nak dilancar?

Honda CR-V 2020

Setelah beberapa tahun di pasaran Honda Malaysia sedang bersiap untuk memperkenalkan CR-V generasi kelima yang dipertingkatkan (CR-V 2020).

Honda sebenarnya telah menyiarkan foto CR-V 2020 di laman web dan penampilannya nampak lebih sporty dengan bampar ala kereta sport.

Honda juga berkongsi beberapa maklumat menarik seperti roda 18 inci baharu, varian Pacuan 4WD kini dengan teknologi Honda SENSING manakala fungsi LaneWatch didatangkan sebagai ciri standard untuk kesemua varian CR-V 2020.

 

Honda CR-V 2020

 

Honda Malaysia memaklumkan CR-V 2020 bakal dilancarkan pada suku keempat tahun ini dan kami berpendapat ianya dalam masa terdekat memandangkan tempahan sudah pun dibuka.

Perkembangan mengenai CR-V 2020 akan kami maklumkan dari semasa ke semasa.

Penulis: Muhammad Md Tajudin / Careta.my

*Varian CR-V terpilih

Berita Berkenaan

Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…
Berita Global
  Nampaknya trend penurunan harga kenderaan elektrik (EV) bukan lagi terpencil. Semasa…