Honda CR-V Hybrid UK guna petrol 17.9 km/l - Jimat atau tidak?

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda CR-V Hybrid 2021
Honda CR-V Hybrid 2021
Honda Malaysia patut dipuji kerana sentiasa menawarkan model hibrid untuk pasaran tempatan. Petik sahaja nama-nama model-model popular seperti Jazz, City, HR-V dan Civic, kesemuanya pernah ditawarkan dalam varian hibrid.

Di sebalik penawaran pelbagai segmen tersebut, ada satu lagi yang belum dijual kepada pengguna tempatan iaitu CR-V Hybrid.

Sebagai rujukan, Edaran Tan Chong Motor ada menawarkan X-Trail Hybrid. Menarik juga sebenarnya untuk melihat penerimaan pengguna terhadap SUV hibrid dari Honda pula.

Di United Kingdom Honda baru sahaja mengumumkan penawaran CR-V Hybrid tahun 2021. Menariknya, Honda UK tidak menjual CR-V varian turbo atau aspirasi normal kecuali janaan hibrid sahaja.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Honda CR-V Hybrid 2021

 

Sama seperti model hibrid Honda yang lain, CR-V ini menggunakan teknologi canggih i-MMD dua motor elektrik dan enjin 2.0 liter i-VTEC.

Enjin petrol kitaran Atkinson itu dipadan bersama transmisi jenis gear kekal atau tanpa kotak gear konvensional.

Apa yang berlaku ialah enjin menguasakan motor elektrik atau penjana (generator) dalam mod Hybrid Drive yang kemudian menguasakan motor pemacu dan seterusnya menggerakkan roda.

Di dalam mod Engine Drive pula, satu mekanisma klac pengunci menghubungkan enjin kepada kotak gear nisbah tunggal yang kemudian memacu roda secara terus atau langsung.

 

Honda CR-V Hybrid 2021

 

Dari segi penggunaan minyak, catatan mengikut kitaran gabungan WLTC ialah 17.9 km/l (42.2mpg) untuk model pacuan roda depan dan 16.6 km/l (39.2mpg) bagi model pacuan semua roda.

Bagaimana pula dengan reka bentuk model 2021? Berbeza dengan pasaran lain seperti Amerika Syarikat, Thailand dan negara kita CR-V Hybrid pasaran UK mengekalkan gayaan lama.

Maknanya tiada bampar ala kereta sport. Perbezaan hanya pada skala minor seperti lingkaran logo H warna biru, roda 18 inci baharu untuk kesemua varian dan cermin privasi bagi varian SE dan ke atas.

 

Honda CR-V Hybrid 2021

 

Pada bahagian dalam, Honda menggunakan kemasan warna perak baharu pada konsol tengah, panel pintu dan papan pemuka. Varian teratas CR-V EX dilengkapi pengecas telefon pintar tanpa wayar.

Di sebalik perubahan minor, ada sesuatu yang boleh dianggap besar iaitu perubahan pada suspensi.

Jurutera Honda telah menala semula suspensi untuk respon pengendalian lebih linear dan meningkatkan ketegaran longitudinal rendah (low longitudinal rigidity) bagi mengoptimumkan respon pemanduan (ride compliance).

 

Honda CR-V Hybrid 2021

 

Stereng EPS duaan pinion nisbah boleh ubah turut diperhalusi untuk memperbaiki pengendalian pada kelajuan rendah.

Berkenaan harga, pengguna di UK boleh mendapatkan Honda CR-V Hybrid 2021 pada harga permulaan £30,180 (RM163,427). CR-V Hybrid 2021 boleh didapati dari pengedar bermula Disember 2020.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Honda CR-V Hybrid 2021

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Seperti kei-car lain, N-VAN digerakkan enjin 660 cc bagi varian G, L, FUN, FUN STYLE+ NATURE …
Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…