Beliau berkata, wanita berasal dari Selangor itu mengaku memandu melawan arus dengan alasan tidak pernah melalui kawasan itu.
"Wanita yang memandu kereta Honda CR-V itu mengaku melawan arus dengan alasan pertama kali menggunakan laluan berkenaan.
"Suspek turut dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Seremban untuk menjalani ujian saringan air kencing, namun didapati negatif daripada sebarang penyalahgunaan dadah,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Azahar berkata kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.