Honda CR-V catat lebih 1,700 tempahan, varian 1.5L TC-P 2WD paling laris!

oleh Mohamad Hanif|
Honda Malaysia hari ini mengumumkan tempahan yang diterima untuk SUV Honda CR-V kini meningkat sebanyak 180 peratus dalam masa satu bulan semenjak pelancaran rasminya pada November lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Lebih daripada 1,700 unit tempahan telah pun diterima, dan varian 1.5L TC-P 2WD merupakan varian yang paling popular di kalangan pelanggan, menyumbang kepada 46 peratus daripada jumlah tempahan keseluruhan.

Menurut rekod, 45% tempahan dicatatkan daripada kawasan Sentral, diikuti oleh Selatan (20%) dan Utara (19%).

Warna yang paling popular dipilih adalah Dark Olive Metallic yang merangkumi 30 peratus daripada jumlah tempahan.

 


Sehingga kini, Honda Malaysia telah berjaya menyerahkan lebih daripada 1,300 unit Honda CR-V baharu kepada pelanggan di seluruh negara.

Menurut Pengarah Urusan dan CEO Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, "sebagai sebuah SUV, Honda CR-V telah berjaya memenuhi keperluan kebanyakan pelanggan dengan pakej yang cukup lengkap, dimulakan dengan kelengkapan keselamatan Honda SENSING, Honda LaneWatch, prestasi dinamik, ruang kabin yang selesa, dan ciri premium yang boleh didapati pada harga bermula dari RM139,912.53.

"Kami percaya, Honda CR-V baharu ini merupakan SUV yang ideal untuk pelanggan kami, terutama bagi mereka yang berkeluarga dan professional yang mahukan sebuah SUV dengan spesifikasi yang lengkap.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Namun begitu kami yakin ia mampu dicapai berdasarkan rekod jualan yang baik bagi tahun lalu yang…
Berita Domestik
Pencapaian tersebut menjadikan Honda Malaysia kekal kedudukan nombor satu dalam negara untuk…
Berita Domestik
Sebagai varian yang paling tinggi dalam penawaran SUV CR-V generasi baharu, CR-V e:HEV RS…