Honda CR-V baharu menampilkan sistem bantuan pengendalian pemanduan canggih

oleh ONNY IZWAN|
Kawasaki Legend Reborn

 

Walaupun masih belum di lancarkan secara rasmi, kami semalam telah mendapat sesi pratonton dan pemanduan Honda CR-V baharu. 

 

CRV1

 

CRV2

 

CR-V1

Dan kami yakin anda akan kagum dengan pembaharuan pada CR-V baharu ini. 

CR-V2

Bukan sahaja kerana rupa yang serba baharu dan mewah, luar dan di dalam, tetapi kerana ia sekarang mempunyai siri fungsi keselamatan yang sebelum ini hanya dipasang pada jenama-jenama seperti Mercedes dan Volvo. 

CR-V4

Dipanggil “Honda Sensing”. ia ialah barisan fungsi keselamatan yang direka untuk membantu pemandu model CR-V baharu sewaktu saat-saat pemandu perlukan ‘bantuan’ dari segi pengendalian kenderaan. 

 

IvanCRV

 

Honda Sensing juga dikatakan dapat memberi keselesaan memandu tambahan, terutamanya bila memandu di lebuhraya atau bandar yang pesat dengan kenderaan. 

CR-V5

 

Ciri-ciri Honda Sensing dibahagikan pada tiga, iaitu satu, ia membantu pemandu kekalkan kelajuan dan jarak, dua, ia akan cuba mengelak dan mengurangkan impak dari perlanggaran kereta di hadapan, dan ketiga, mengelakkan dari perlanggaran dari tepi.

 

Bantuan keselesaan pemanduan dan pengekalan jarak

 

  1. Adaptive Cruise Control (ACC)

 

Sistem ini sama seperti sistem cruise control lain, tetapi ia berupaya memastikan jarak tetap antara kereta anda dan kereta dihadapan berada tetap pada jarak yang ditetapkan antara kelajuan 30 kmj dan 180 kmj. 

 

HS1

 

2. Low-Speed Follow (LSF)

 

Bayangkan jika anda terperangkap dalam situasi kesesakan lalulintas, sistem ini menjadi pembantu anda untuk mengekalkan perjalanan perlahan mengikut kereta di hadapan tanpa anda perlu meminjak penekan minyak langsung. Sistem ini akan membawa kereta anda kedepan dan membrek dengan automatik. Anda hanya perlu pegang roda stereng sahaja. 

 

LSF

 

Mengurangkan risiko perlanggaran depan

 

 

  1. Forward Collision Warning (FCW)

 

Sebuah kamera yang dipasang pada cermin depan dan pengesan radar pada bucu depan CR-V akan mengesan objek didepan kereta anda (sehingga 2 meter tinggi) dan memberi anda (pemandu) amaran bunyi dan visual. Jika anda gagal membuat sesuatu untuk mengelak, sistem ini akan mengaktivasikan sistem CMBS.

 

FCW

 

2. Collision Mitigation Braking System (CMBS)

 

Sistem ini pula akan beroperasi dengan membrekkan kenderaan anda dengan automatik jika anda gagal membrek dengan cepat untuk tidak melanggar kenderaan dihadapan dalam masa terdekat. Ia hanya dapat membantu anda membrek dengan cepat dan anda masih boleh mengelak kenderaan dihadapan jika perlu. 

 

CMBS

 

 

Mengurang risiko perlanggaran dari tepi

 

 

  1. Lane Departure Warning (LDW)

 

Berapa kali pernah kita dengar kemalangan disebabkan mengantuk atau kurang perhatian ketika dijalanraya? Sistem ini menolong mengelakkan kejadian itu dengan memberikan amaran jika kenderaan anda mahu terkeluar dari lorong yang dipandu. Ia berfungsi pada kelajuan antara 72 kmj hingga 180 kmj pada jalan lurus and bengkok. 

 

LDW

 

2. Road Departure Mitigation (RDM)

 

Dan jika kereta anda masih meluru keluar dari lorong yang dipandu, sistem ini pula akan memberi amaran dengan mengetarkan roda stereng, membrek secara automatik dan juga menolong memusingkan stereng anda balik supaya anda dapat dengan mudah membuat pembetulan dan kembali pada lorong yang dipandu. Walaupun sistem ini sedang berfungsi, anda sebagai pemandu masih berupaya untuk mengendali kenderaan anda seperti biasa jika perlu.

 

RDM

 

 

3. Lane Keeping Assist System (LKAS)

 

Sistem ini membantu pemandu mengekalkan ketepatan untuk barada pada lorong yang dipandu tanpa meluru ke tepi dan termasuk ke lorong lain. Ia berfungsi pada kelajuan 72 kmj hingga 180 kmj. Walaupun sistem ini sedang berfungsi, anda sebagai pemandu masih berupaya untuk mengendali kenderaan anda seperti biasa jika perlu.

 

LKAS

 

Ini lah dia kelebihan Honda Sensing yang ada pada CR-V baharu. Setahu kami, setakat ini tiada SUV lain (pada kategori yang sama) yang dilengkapi dengan sistem seperti ini. 

 

CRV comparo

 

Lama dan baru

 

Seperti anda juga, kami tidak sabar menunggu akan pelancaran model terbaharu Honda CR-V.

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Global
Bagi mereka yang kurang mengerti, sistem V2X ini merupakan sistem komunikasi di antara kenderaan…
Pelancaran Motosikal
Boon Siew Honda hari ini melancarkan Honda Monkey dengan enjin 124 cc dan rekabentuk nostalgia yang…
Berita Global
  Walaupun sudah berusia lebih daripada dua dekad, NSX tetap hebat dan Honda mahu memastikan…