Honda Civic warna perak paling perak, rai ulang tahun ke-25 Insight di Eropah

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda Civic Silveriest Silver  ​    ​
Honda Civic Silveriest Silver ​ ​
Tahukah anda? Warna perak nampak begitu sesuai pada kenderaan Honda. 

Championship White sudah menjadi identiti dan elok pada Civic Type R manakala perak sepadan dengan model Honda yang lain.

Secara amnya, warna merupakan identiti sebagai contoh British Racing Green, Ducati Red, perak buat Mercedes-Benz atau kuning dan hitam untuk PROTON.

Kali ini warna perak digunakan oleh Honda untuk sebuah model Civic e:HEV yang dikatakan sebagai warna paling perak di dunia (Silveriest Silver).
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02
Honda Insight dan Civic

 

Perak dipilih bagi meraikan ulang tahun ke-25 atau jubli perak untuk Insight yang merupakan model hibrid pertama dilancar di Eropah pada September 1999.

Warna perak ini dihasilkan oleh artis terkenal Stuart Semple yang juga pencipta warna unik Pinkest Pink, Goldest Gold dan Blackest Black. 

Stuart Semple menghasilkan warna ini menggunakan 64 peratus serpihan perak tulen dan pigmen yang dicampurkan di dalam larutan arkilik (acrylic suspension).

Selepas siap dicampur, cat diserahkan kepada pakar di The Syrup Room, United Kingdom (UK) untuk dilayangkan pada Civic.

 

Honda Civic Silveriest Silver  ​    ​

 

Dalam tempoh tiga hari, pakar penyembur membersihkan dan menyediakan badan kereta dalam keadaan suhu terkawal sebelum dikenakan beberapa lapisan cat awal yang khusus.

Akhir sekali, peralatan penyembur ketepatan tinggi digunakan bagi lapisan akhir Silveriest Silver pada Civic 25 tahun.

Selepas beberapa dekad, Honda mengukuhkan penjenamaan teknologi hibrid melalui e:HEV. Civic e:HEV di pasaran sekarang dilancar di Eropah pada 2022.

Sistem e:HEV menggabungkan enjin 2.0 liter kitaran Atkinson, dua motor elektrik, bateri litium-ion, Unit Kawalan Kuasa dan Unit Kuasa Pintar yang menghasilkan 183 ps dan 315Nm.

 

Honda Civic Silveriest Silver  ​    ​

 

Di Eropah, Civic Type R satu-satunya model petrol tanpa hibrid dan Honda menumpukan sepenuhnya pada model elektrifikasi.

Model arus perdana sudah pun menggunakan e:HEV seperti Jazz, HR-V, ZR-V dan CR-V. 

Honda juga mengesahkan model ikonik Prelude bakal kembali ke Eropah dan sebuah lagi model petrol-elektrik.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Honda Civic Silveriest Silver  ​    ​

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Bukan pasaran tempatan sahaja dikemudiankan, Eropah pun sama dan Honda baru sahaja…
Berita Global
  Menggerakkan ADV350 adalah enjin 330 cc yang menghasilkan 29 ps pada 7,500 rpm dan 31.5Nm pada…
Uncategorized
  Pemampat elektrik berfungsi bagi mengawal mampatan ambilan udara tanpa mengira putaran (rpm)…