Honda Civic Type R Ultimate Edition - Terhad 40 unit sahaja

oleh Qalif Latif|
Honda mengesahkan penamatan jualan Civic Type R di Eropah dan UK, selaras dengan peralihan peraturan automotif serantau yang semakin ketat. Sebagai simbol penutup tirai, satu edisi khas diperkenalkan Honda Civic Type R Ultimate Edition yang hanya akan dihasilkan sebanyak 40 unit seluruh dunia,

R
Honda menyatakan keputusan ini berpunca daripada perubahan perundangan industri automotif, yang dipercayai berkait rapat dengan pelaksanaan EU General Safety Regulation 2 (GSR2). Peraturan ini mewajibkan teknologi seperti driver attention monitoring, amaran had laju, dan sistem keselamatan aktif lain sesuatu yang sukar untuk diintegrasi pada model prestasi tinggi yang sedia ada.

R
R
GSR2 masih membenarkan penjualan model-model dengan jumlah kurang 1,500 unit setahun sehingga Julai 2026, dan Type R dijangka mengakhiri jualan menjelang tarikh tersebut. Nasib serupa turut dialami oleh Toyota GR86 dan bakal menanti Alpine A110.

R

Edisi Istimewa: Warna & Reka Bentuk Klasik
Type R Ultimate Edition diberi warna ikonik Championship White dengan garisan merah kontras memberi penghormatan kepada warna dalaman merah tradisional Civic Type R. Ia juga menampilkan:

  • Lencana ‘Ultimate Edition’ eksklusif
    R

  • Lampu lantai dengan pencahayaan khas (puddle
    light)
    R

  • Skid plate pintu dengan ukiran istimewa
    R

  • Butiran karbon fiber pada konsol tengah dan sisi pintu

Harga belum diumumkan secara rasmi tetapi dijangka melepasi harga Type R standard £48,900.00 (sekitar RM292,000 mengikut tukaran semasa). Ultimate Edition dijangka melepasi RM300,000

Macam mana dengan pasaran Malaysia, akan terima Honda Civic Type R Ultimate Edition yang sangat-sangat terhad ini?
R

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Koleksi baharu ini dilihat lebih menarik perhatian peminat kereta Honda, berbanding siri terdahulu…
Berita Global
Selepas membatalkan beberapa projek kenderaan elektrik (EV) termasuk model 0 SUV, 0 Sedan serta…
Berita Global
Menurut laporan yang disiarkan oleh Reuters, pengeluar automotif kedua terbesar Jepun itu…