Honda Civic Type-R tawan litar Silverstone - catat rekod pusingan terpantas!

oleh Mohamad Hanif|
Nampaknya pasukan Honda tidak berhenti rehat selepas memecahkan rekod pusingan terpantas di Magny-Cours dan Spa-Francorchamps tempoh hari.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kali ini, mereka mendakwa telah memecahkan sebuah lagi rekod pusingan terpantas di litar Silverstone, tuan rumah kepada British Grand Prix. 


Mengendali jentera hot hatchback itu ialah juara tiga kali berturut-turut kejuaraan British Touring Car iaitu Matt Neal dengan catatan masa 2 minit 31.32 saat, mengenepikan catatan masa yang dicatatkan oleh Honda Civic Type R sebelum ini pada tahun 2016. 

Menurut Neal, kelebihan Civic Type R ini ialah kestabilan ketika melalui selekoh berkelajuan tinggi yang disumbangkan oleh kombinasi aerodinamik dan sistem suspensi yang termaju, membolehkan beliau memandu laju di selekoh Copse dan Stowe (di litar Silverstone tersebut) dengan mudah. 
 


Litar Silverstone merupakan perhentian ketiga pasukan Honda di dalam cabaran Type R Challenge 2018 selepas litar Magny-Cours di Perancis dan litar Spa-Francorchamps di Belgium dan masing-masing mencatatkan rekod terpantas untuk kelas kereta produksi pacuan roda hadapan. 

Kejayaan tersebut tidak lain dan tidak bukan didorong oleh kejayaan pasukan Honda Type-R di litar Nurburgring dengan catatan masa 7 minit 43.8 saat menewaskan hot hatch daripada pengeluar Volkswagen, Seat dan Renault. 

Perhentian seterusnya, Honda mensasarkan litar Estoril dan Hungaroring dengan mengambil khidmat pemandu Tiago Monteiro (juara World Touring Car) dan Jenson Button (bekas juara F1). 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menariknya, biarpun Honda Civic Type R mempunyai tetapan casis dan suspensi yang lebih sporti…
Berita Global
Ketepikan mitos itu sebab penulis sendiri tidak mempunyai sebuah Honda dan telah pun melangsungkan…
Berita Global
Honda Civic Type R 2023 (FL5) dikatakan berjaya mencatatkan rekod terpantas di Nurburgring…