Honda Civic Type R Sport Line - Type R yang lebih sopan!

oleh Mohamad Hanif|
Honda nampaknya telah membawakan beberapa perubahan kepada keluarga Civic Type R, dengan memperkenalkan dua buah varian Civic Type R yang nampak lebih kurang sama, namun dengan penawaran yang berbeza.

Salah sebuah daripadanya merupakan Honda Civic Type R Sport Line dan sekali imbas, ia khusus buat mereka yang tidak menggemari pakej stail asal yang ditawarkan pada model standard Civic Type R FK8. 
 


Apa yang berubah adalah kehilangan sayap besar yang menjadi identiti Type R dan digantikan dengan spoiler yang lebih kecil, malah penampilannya ternyata lebih rendah diri berbanding Civic Si. 

Selain daripada itu, Honda turut melengkapkan Civic Type R Sport Line ini dengan rim bersaiz 19 inci eksklusif dalam warna dark grey yang dibaluti tayar Michelin Pilot Sport 4S. 

Tayar baharu ini mempunyai sidewall yang lebih lembut untuk pemanduan yang lebih selesa, serta karakteristik NVH yang telah ditambah baik. 
 


Ruang kabin pula dihiasi dengan tempat duduk jenis bucket berwarna hitam dengan jahitan kontras merah, stereng balutan Alcantara dan penampakan tombol gear dengan rekaan baharu. 

Untuk para pemilik Civic Type R Sport Line, terdapat penambahan datalogger prestasi baharu yang digelar sebagai Honda LogR, sebuah sistem yang mampu merekodkan data dari komputer kenderaan dan penderia, dan boleh dibaca menerusi aplikasi mudah alih peranti pintar.
 


Tambahan kepada Honda LogR adalah meter bacaan G dan graf yang memaparkan beberapa bacaan seperti pitch, roll dan yaw. 

Terdapat juga Log Mode yang menggunakan data yang telah dikumpukan untuk meningkatkan lagi masa pusingan di dalam litar dan digambarkan menerusi penggunaan warna hijau, kuning dan merah yang memberikan indikasi perkembangan prestasi semasa. 

Menurut Honda, Log Mode ini bertujuan untuk menggalakkan lagi pemandu untuk menggunakan klac, gear, stereng, brek dan pendikit yang lebih lancar.
 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
  Civic Type R Limited Edition tidak sama dengan Civic Type R GT melalui berat yang dikurangkan,…
Berita Global
Berita baik bagi mereka yang mahu meningkatkan imej luaran serta pengendalian Honda Civic Type R,…
Berita Global
Dengan pengenalan Honda Civic Type R Limited Edition yang telah dikemaskini, Honda nampaknya bakal…