Honda Civic Type R sebagai Helang Lebuhraya PDRM?

oleh Mohamad Hanif|

Beberapa gambar Honda Civic Type R FK8 dengan liveri PDRM sudah mula tersebar beberapa hari yang lalu, memberikan gambaran PDRM bakal menggunakan unit tersebut untuk tujuan 

Namun, menurut beberapa sumber yang sah, unit tersebut sebenarnya dipinjamkan oleh Honda Malaysia kepada PDRM untuk penilaian awal sebelum ia benar-benar disahkan kompeten untuk digunakan sebagai mobile patrol vehicle (atau MPV, bukan multi-purpose vehicle yaa!). 

Ia bakal digunakan oleh PDRM dalam tempoh masa tiga hingga enam bulan untuk tujuan pandu uji di dalam dunia nyata sebenar. 
 


Sekiranya benar model Type R ini bakal dijadikan sebagai MPV, ia dilihat bersesuaian untuk menggantikan khidmat 25 unit Mitsubishi Lancer Evolution X sebagai Helang Lebuhraya dalam urusan kejar-mengejar berkelajuan tinggi, eskot VIP dan tugas rondaan. 

Atas kertas, Honda Civic Type R dijana menggunakan enjin 2.0 liter turbo dengan kuasa maksimum 310 PS dan daya kilas 400 Nm yang masuk penuh pada julan putaran enjin 2,500 rpm - 4,500 rpm.

Honda Malaysia membawa masuk model ini secara rasmi dengan harga jualan bermula dari RM320,000 (atas jalan tanpa insurans). 
 


Setakat ini, pasukan Helang Polis Lebuhraya sudah pun mempunyai 15 unit Mitsubishi Outlander 2.4 liter yang dibeli oleh PLUS bagi membantu operasi trafik di lebuhraya. 

 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Salah satu cara untuk mempromosikan sebuah kereta yang sememangnya sudah terlalu hangat di pasaran…
Berita Global
  Benar, Honda bakal menghentikan operasi pengilangan di United Kingdom dan suatu yang mengejutkan…
Berita Global
Menurut berita tergempar yang dilaporkan oleh BBC, pengeluar kereta Civic Type R tersebut dikatakan…