Honda Civic Type R Racing Black Package 2025, dalaman hitam, papan pemuka balutan suede

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda Civic Type R Racing Black Package 2025
Honda Civic Type R Racing Black Package 2025
Di dalam pasaran sekarang terdapat beberapa kereta berprestasi Jepun namun Honda berjaya menolak Civic Type R ke aras tersendiri.

Apa yang bagusnya? Civic adalah sebuah kereta keluarga dengan empat pintu dan boleh dimilki golongan pertengahan.

Civic Type R bukan sebuah kereta yang asalnya berprestasi. Civic sebuah kereta keluarga! Model sporti seperti CR-X dan Prelude pula dijadikan kereta hibrid.

Entah bagaimana, Honda berjaya meletakkan Civic Type R sebagai kereta idaman dan dipandang tinggi. 
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025
Honda Civic Type R Racing Black Package 2025 Jepun

 

Menambah gelojak jiwa adalah spesis terbaru untuk pelanggan Jepun iaitu Civic Type R Racing Black Package. Adakah ini nama lain bagi Black Edition?

Terpulang dan varian ini menjadikannya lebih istimewa berbanding Civic Type R lain.

Definisi Racing Black Package terletak pada bahagian dalaman serba hitam yang boleh dibuat mana-mana pengeluar.

Menjadikannya istimewa atau memberi penghormatan kepada Racing adalah papan pemuka yang dibalut Ultrasuede® hitam ala kereta lumba.

 

Honda Civic Type R Racing Black Package 2025

 

Satu daripada tujuan kereta lumba dibalut begini bagi mengelakkan pantulan cahaya matahari. Bahagian atas panel pintu turut dibalut bahan sama.

Kerusi depan merah terang diganti dengan balutan Lux Suede® dan hitam. Karpet serba merah juga ditukar kepada warna gelap.

Jahitan kerusi, stereng, sarung batang gear dan pelbagai lagi yang biasanya dibuat dalam warna merah ditukar kepada warna cerah.

Merah tidak digugurkan dan masih boleh ditemui pada tali pinggang keledar dan jaluran panel pintu. Tombol penyaman udara berwarna hitam dan seiring dengan nama.

 

Honda Civic Type R Racing Black Package 2025

 

Lagi kelengkapan seperti pengecas tanpa wayar dan cermin pandang belakang automatik malap sekiranya pemandu mahu menikmati kereta yang mencucuk di belakang.

Walaupun bernama hitam, Honda menawarkan sejumlah warna iaitu Championship White, Sonic Gray Pearl, Crystal Black Pearl, Frame Red dan Racing Blue Pearl.

Enjin kekal sama, K20CI 2.0 liter Vtec Turbo yang menghasilkan 330 ps dan 450Nm dengan padanan kotak gear manual enam kelajuan.

Berkenaan harga, Civic Type R Racing Black Package lebih mahal, 5,998,300 yen (RM170,852) berbanding 4,997,300 yen (RM142,328) untuk Civic Type R biasa.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Honda Civic Type R Racing Black Package 2025

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Barangan lain turut ditawarkan seperti tombol gear aluminium warna hitam dengan balutan kulit…