Honda Civic Type-R pecah rekod lagi - kali ini di litar Estoril, Portugal!

oleh Mohamad Hanif|
Honda nampaknya enggan berehat dengan tenang dan terus menerus memecahkan rekod terpantas Civic Type-R dengan pencapaian terkini mereka di Litar Estoril, Portugal.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menggunakan khidmat pelumba WTRC, Tiago Monteiro, Honda Civic Type-R itu menghabiskan masa 2 minit 01.48 saat untuk melengkapkan pusingan terpantas di litar sepanjang 4.2 km itu. 
 


Pemandu Tiago Monteiro turut mengakui kehebatan Honda Civic Type-R dalam usaha mereka mengejar rekod pusingan terpantas bagi memadamkan rekod terdahulu. 

 


"Ia sebuah Type-R yang pantas, lancar serta memberikan keyakinan kepada saya untuk menawan litar Estoril ini," tambah beliau. 


Sebelum ini, Honda Civic Type-R telah memecahkan rekod pusingan terpantas di litar Silverstone, Spa-Francorchamps, dan juga Hungaroring. 

Namun, kedudukan terpantas di litar Nurburgring bakal tergugat dengan pengenalan pesaing daripada Renault iaitu Megane RS Trophy yang dikatakan mempunyai kuasa pecutan yang hampir serupa. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menariknya, biarpun Honda Civic Type R mempunyai tetapan casis dan suspensi yang lebih sporti…
Berita Global
Ketepikan mitos itu sebab penulis sendiri tidak mempunyai sebuah Honda dan telah pun melangsungkan…
Berita Global
Honda Civic Type R 2023 (FL5) dikatakan berjaya mencatatkan rekod terpantas di Nurburgring…