Honda Civic Type R Limited Edition - Type R edisi litar lumba, lebih ringan!

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah lagi varian Civic Type R yang dilancarkan oleh Honda adalah Honda Civic Type R Limited Edition dan Honda menggelarkannya sebagai "ultimate track-focus Type R".
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebagai sebuah jentera yang dikhususkan untuk kegunaan di litar lumba, Honda hanya menghasilkan Civic Type R Limited Edition ini dalam 600 unit terhad untuk pasaran Amerika Syarikat, dan 100 unit terhad untuk pasaran Eropah.
 


Warna baharu yang diperkenalkan adalah Phoenix Yellow, dan Honda nampaknya mendatangkan talaan khusus kepada kedua-dua model AS dan Eropah ini. 

Untuk model Amerika Syarikat, Honda telah menjimatkan kira-kira 20.9 kilogram daripada berat  badan asal, terima kasih kepada penggunaan rim ringan BBS serta beberapa komponen lain dibuang seperti wiper belakang (ya, wiper belakang!), tonneau cover dan juga saluran pemanas belakang.
 

takde radio? takde air-cond? no problem!

Sementara itu, pemilik Civic Type R Limited Edition di Eropah pula menikmati jentera yang lebih ringan 47 kilogram dengan membuang beberapa komponen yang tidak diperlukan seperti sistem infotainmen, dan sistem pendingin hawa. 

Iya benar, demi jentera yang lebih ringan!
 


Namun, perkara yang paling penting untuk sebuah jentera fokus litar adalah casis dan sistem penyerap hentak yang telah ditala semula, serta input stereng yang telah dikalibrasi semula untuk kawalan dan respon yang lebih baik. 

Menurut Honda, perubahan yang didatangkan pada Civic Type R Limited Edition ini menjadikan kereta ini jentera pacuan roda paling dinamik yang ada di pasaran. 
 


Walaupun dengan perubahan yang ditawarkan, Honda Civic Type R Limited Edition masih kekal dengan penggunaan enjin turbo 2.0 liter yang menghasilkan 306 kuasa kuda dan 400 Nm daya kilas, sistem transmisi manual enam kelajuan serta pacuan roda hadapan. 

Harga jualan untuk kedua-dua varian Civic Type R Sport Line dan Limited Edition hanya akan diumumkan ketika pelancaran rasminya tidak lama lagi. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Sebanyak lebih 41,000 penyertaan telah diterima dan lebih daripada $500,000 (RM2,081,250) telah pun…
Informasi
Selain daripada muka baharu, Honda turut menitikberatkan soal diet berat badan, di mana mereka…
Berita Global
  Civic Type R Limited Edition tidak sama dengan Civic Type R GT melalui berat yang dikurangkan,…