Honda Civic Type R Limited Edition - 100 unit habis terjual dalam 4 minit di Kanada!

oleh Mohamad Hanif|
Honda Civic Type R nampaknya masih lagi popular di kalangan para peminatnya, dan dibuktikan sendiri di Kanada apabila dilaporkan 100 unit jentera tersebut habis terjual hanya dalam masa empat minit!
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Tawaran tersebut dibuat menerusi tempahan dalam talian di mana kesemua pembeli perlu meletakkan wang deposit sebanyak $1,000 (RM4,261) bagi memastikan unit tersebut berjaya dikunci.

Honda Civic Type R Limited Edition merupakan model yang didatangkan dengan warna kuning terang Phoenix Yellow dengan diet pengurangan berat badan yang menjadikannya lebih ringan 47 kilogram berbanding berat asal.

 


Ini bermakna, jentera ini masih lagi sebuah Type R, namun tanpa kehadiran sisten infotainmen dan sistem pendingin hawa.

Sebagai sebuah jentera fokus litar, Honda turut membawakan talaan kepada sistem penyerap hentak dan input stereng bagi memastikan aspek pengendalian dan respon yang lebih baik, sekaligus menjadi jentera pacuan roda depan paling dinamik ada di pasaran.

Honda Civic Type R Limited Edition masih kekal dengan penggunaan enjin turbo 2.0 liter yang menghasilkan 306 kuasa kuda dan 400 Nm daya kilas, sistem transmisi manual enam kelajuan serta pacuan roda hadapan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Sebanyak lebih 41,000 penyertaan telah diterima dan lebih daripada $500,000 (RM2,081,250) telah pun…
Informasi
Selain daripada muka baharu, Honda turut menitikberatkan soal diet berat badan, di mana mereka…
Berita Global
  Civic Type R Limited Edition tidak sama dengan Civic Type R GT melalui berat yang dikurangkan,…