Model ini memberi bayangan kepada model pengganti yang akan bersaing di dalam kelas GT500 musim 2024.
Penggunaan Civic Type R adalah satu yang logikal kerana tiada lagi model sport yang berkuasa di dalam barisan produk Honda selepas NSX.
Walaupun model konsep, Civic Type R-GT sudah membayangkan karakter di litar. Kit badan lebar, rendah dan paip ekzos yang keluar dari tepi.
Sebagai pesaing di dalam kelas GT500, Civic Type R perlu mengikuti spesifikasi enjin 2.0 liter dengan turbo tunggal dan transmisi enam kelajuan.
Kuasa enjin pula sekitar 650 kuasa kuda (hp) dengan berat kereta termasuk pemandu dan bahan api perlu melebihi 1,020 kilogram.
Penggunaan Civic Type R sebenarnya lebih dekat kepada pengguna dan boleh melonjakkan lagi prestij model yang sudah sedia popular ini.
Penulis: Muhammad Md Tajudin