Jelas kelihatan fender depan dan belakang yang mengembang keluar. Casis kereta ditingkatkan untuk kestabilan di selekoh.
Turut dipertingkatkan sistem brek dengan cakera yang mendominasi ruang rim depan.
Enjin 2.0 liter VTEC Turbo diubah suai dan Honda tidak memaklumkan perincian kuasa.
Sebagai rujukan, Civic Type R FK8 TCR menghasilkan 340 kuasa kuda dan tork 420 Nm.
Seperti biasa sesebuah model TCR perlu mematuhi had kuasa dan peraturan teknikal yang ditetapkan.
Honda tidak berkongsi bahagian dalaman model lumba baharu ini kecuali memaklumkan paparan pemandu yang mengandungi lebih banyak informasi berbanding sebelum ini.
Turut dilengkapi lampu tambahan, penyejukan pemandu dan sistem isian bahan api cepat yang telah diperbaharui.
Kesemua unit Civic Type R TCR dibangunkan di Itali oleh JAS Motorsports dan akan ditawarkan di Amerika Utara melalui HPD.
JAS menjadi rakan teknikal Honda pada 1998 dan hubungan di antara kedua-dua syarikat semakin berkembang sejak itu.
Civic Type R TCR yang dibangunkan oleh JAS telah berjaya membantu Honda di dalam menjuarai perlumbaan FIA World Touring Car.
Bersama pasukan lain, model itu berjaya memenangi ratusan perlumbaan di serata dunia.
Civic Type R FK8 TCR pula dinobatkan sebagai TCR Model of the Year untuk dua tahun berturut-turut pada 2019 dan 2020.
2022 merupakan musim perlumbaan paling berjaya untuk Type R TCR dengan 76 kemenangan dan 19 kejuaraan di Eropah, Asia, Amerika Selatan dan Oseania.
Type R TCR juga berjaya menduduki tempat kedua di dalam WTCR – FIA World Touring Car Cup 2022.
Civic Type R FL5 TCR akan membuat penampilan sulung pada April 2023 di dalam perlumbaan IMSA Michelin Pilot Challenge.
HPD akan mula mengambil tempahan untuk pelanggan di Amerika Utara pada 1 Februari 2023 dengan harga diumumkan kelak.
Satu fakta menarik, Civic Type R TCR yang pertama (FK2) membuat penampilan sulung di litar Sepang pada 2015 yang juga pusingan pertama TCR International Series.
Penulis: Muhammad Md Tajudin