Honda Civic Type R FL5 akan dipasang di Jepun, bukan di Amerika

oleh Mohamad Hanif|
Selepas kilang Honda di Swindon yang digunakan untuk memasang Civic Type R FK8 di UK ditutup, generasi baharu Honda Civic Type R FL5 kini kembali dipasang di kilang Honda di Jepun.
NISSAN MREC Banner Campaign Mar

Ini sekaligus memadamkan spekulasi terdahulu di mana terdapat ura-ura Honda akan memasang model hot hatch tersebut di Amerika Syarikat.

Fasiliti Swindon di UK telah pun ditutup sepenuhnya pada tahun lepas selepas 36 tahun beroperasi.
 

Civic FL5


Ada sebab kenapa Honda tidak memilih Amerika Syarikat sebagai lokasi pemasangan model Type R di sana.

Menurut laporan The Drive, fasiliti Greensburg memfokuskan kepada model volum tinggi, dan tiada ruang untuk produksi model yang niche seperti Type R.

Wakil Honda menjelaskan, "tiga generasi Civic Type R dibina di UK memandangkan fasiliti tersebut merupakan satu-satunya lokasi pemasangan Civic Hatchback selepas model tahun 2006. Disebabkan penstrukturan semula produksi global, kilang tersebut telah ditutup.
 

Civic


"Kapasiti kilang Indiana pula telah mencapai tahap maksimum dan memfokuskan kepada dua produk volum tinggi, Civic Hatchback dan CR-V. Dengan menambah model volum rendah seperti Type R tidak selari dengan fokus fasiliti pada masa ini.

Dengan berpindahnya produksi ke Jepun, Honda Civic Type R FL5 menjadi model Civic Type R pertama yang dipasang di Jepun untuk dieskport ke pasaran global.

Sumber: The Drive

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Difahamkan, SUV X90 itu akan dilancarkan secara rasmi pada tahun ini bersempena dengan sambutan…
Berita Domestik
Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad berkata, “kami…
Berita Global
Generasi baharu Outlander 2023 yang tiba lewat bulan November tahun lalu menyumbang 20 peratus…