Honda Civic Type R FK8 catat masa terpantas, kali ini di Australia

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Lama kita tidak mendengar cubaan pecah rekod yang dibuat oleh hot hatch terpantas dari Honda, dan kali ini mereka cuba melakukannya di luar Eropah. 

Lebih tepat lagi, Honda Civic Type R berjaya mencatatkan rekod terpantas bagi kelas kereta produksi pacuan roda hadapan di Litar Bathurst, Australia. 
 


Jentera yang dipandu oleh Jenson Button, juara F1 tahun 2009 itu berjaya mencatatkan rekod 2:32.207 pada litar sepanjang 6.2 kilometer yang mempunyai 23 selekoh dan perbezaan ketinggian titik terendah dan tertinggi sebanyak 174 meter.

Menurut Button yang bertanggungjawab memecahkan rekod di Hungaroring tahun lalu, "masa catatan 2 minit 35 saat sebenarnya sudah cukup baik bagi sebuah kereta pacuan roda hadapan, namun dengan Civic Type R, saya rasa ia mampu pergi lebih pantas."
 


Sebelum ini, pemandu Britain itu pernah memegang rekod terpantas tidak rasmi menggunakan jentera F1 dengan catatan masa 1:48.8 pada tahun 2011 pada satu acara promosi Australian Grand Prix. 

Setakat ini, Honda Civic Type R FK8 itu telah berjaya menawan beberapa litar di Eropah seperti Nurburgring, Spa-Francorchamps, Silverstone, Estoril dan Magny-Cours. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menariknya, biarpun Honda Civic Type R mempunyai tetapan casis dan suspensi yang lebih sporti…
Berita Global
Ketepikan mitos itu sebab penulis sendiri tidak mempunyai sebuah Honda dan telah pun melangsungkan…
Berita Global
Honda Civic Type R 2023 (FL5) dikatakan berjaya mencatatkan rekod terpantas di Nurburgring…