Honda Civic Type R FK8 2021 sah henti produksi Julai ini

oleh Mohamad Hanif|
Honda Civic Type R 2021, salah sebuah hot hatch yang panas dari Honda kini tidak lagi dibuka untuk tempahan memandangkan ia sudah pun menghampiri kitaran akhir riwayat hidupnya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada CarAdvice, Honda Australia mengesahkan bahawa tempahan bagi Honda Civic Type R 2021 kini telah pun ditutup memandangkan produksi Civic Type R akan berakhir pada Julai ini, serentak dengan penutupan kilang Swindon, UK.

 


Tambah laporan itu lagi, penghantaran akhir Civic Type R 2021 dijangka tiba pada bulan hadapan, sementara sebuah pengedar mengesahkan stok Civic Type R dijangka tiba pada Mei/Jun dan Oktober/November.

Bagi mereka yang menantikan generasi baharu Civic Type R, model pengganti FK8 itu dijangka akan dilancarkan pada lewat tahun 2022.

Baca: Enam perkara yang anda perlu tahu pasal Honda Civic Type R 2022

Sumber: CarAdvice

Berita Berkenaan

Berita Global
Di Amerika Syarikat, Honda telah menghentikan sementara penjualan bagi model tersebut disebabkan…
Berita Global
Diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun, Honda Civic Type R 2023 membawakan nadi turbo 2.0 liter…
Berita Global
Dalam notis yang dipaparkan di laman web rasmi, Honda meminta maaf kepada para pelanggan telah…