Menerusi gambar intipan yang diperoleh dari Eropah, ia masih merupakan sebuah Honda Civic Type R berdasarkan balutan pelekat penyamaran pada bahagian bumper hadapan yang masih sama.
Manakala bahagian belakang pada kereta putih pula menampilkan bumper yang turut diubah dengan elemen melintang pada liang udara palsu.
Tiada sebarang maklumat berkenaan perubahan pada bahagian kabin dan enjin, jadi adalah selamat untuk kita katakan Honda masih mengekalkan penggunaan enjin K20C yang mampu menghamburkan 310 PS serta daya kilas sebesar 400 Nm sebelum disalurkan ke roda hadapan menerusi transmisi manual enam kelajuan.
Resipi Honda ketika ini amat berjaya sehingga mampu menawan dan memecahkan beberapa rekod terpantas di litar Nurburgring, Spa-Francorchamps, Silverstone dan juga Circuit de Nevers Magny-Cours di Perancis.