
Pada bahagian luar ada dua sahaja komponen yang ditawarkan iaitu cermin sisi warna merah dan dari jauh menandakan Civic Type R anda menerima sentuhan Honda Access.
Komponen kedua ialah spoiler belakang yang dibuat menggunakan teknologi aerodinamik dari pembangunan siri Modulo X.
Honda sebelum ini menawarkan edisi Modulo X untuk beberapa model keluarannya seperti Freed, S660, Vezel (HR-V) StepWgn dan Fit dengan gayaan depan yang menyerlah.
Beza spoiler asal Civic Type R dengan Modulo X ialah ianya diperbuat dari karbon kering (dry carbon) dan sekitar satu kilogram lebih ringan

Rekaan juga berbeza dengan spoiler asal dibuat dalam bentuk tunggal (one piece) manakala Modulo X mempunyai sirip tinggi di kanan dan kiri.
Bahagian bawah spoiler pula ada garisan zig zag untuk aerodinamik. Sulaman karbon juga menampakkan warna merah dan dilapisi cat warna clear.
Bahagian dalam lebih lengkap dengan pelbagai aksesori seperti berikut:
- Panel karbon dengan sulaman merah seperti spoiler pada konsol tengah dan pelapik pintu
- Tombol gear aluminium warna black alumite dan balutan kulit merah
- Pengecas tanpa wayar Qi dan jenis pantas 15W
- Pelapik bendul pintu dalam warna black alumite dan logo dengan nyalaan Type R
- Karpet lantai jenis premium dengan bahan anti bau dan bakteria

- Pelapik bagasi
- Filem perlindungan bendul pintu (depan)
- Filem perlindungan bucu pintu dan pembuka bintu
- Filem perlindungan bampar belakang
- Hon euro
Aksesori Honda Access juga meriah dengan pelbagai lampu dan nyalaan pada bahagian berikut:
- Suluhan logo Type R dalam warna putih dan merah ke permukaan jalan
- Konsol tengah dan pemegang cawan
- Pembuka pintu dalam dan poket pintu

- Ruang kaki dan bawah kerusi
- Lampu puddle semasa pintu depan dibuka dan tutup
- Lampu but LED
- Lampu ruang but LED
Berkenaan harga, tidak dimaklumkan lagi dan Honda sebenarnya masih belum mendedahkan beberapa maklumat utama seperti kuasa enjin dan prestasi Civic Type R.
Penulis: Muhammad Md Tajudin
