Honda Civic Type R 2022 dilihat dari jarak dekat - termasuk rekaan kabin!

oleh Mohamad Hanif|
Awal bulan lalu, Honda memulakan kempen mempromosikan generasi baharu hot hatch Civic Type R 2022 dengan mendedahkan teaser rasmi model tersebut yang sarat dengan pelekat samaran berwarna merah hitam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model tersebut kini boleh dilihat dengan lebih dekat, terima kasih kepada beberapa keping gambar yang diperoleh daripada forum CivicXI.com baru-baru ini.

Seperti yang dijangkakan, meskipun Honda tidak mendedahkan secara rasmi rekaan ruang kabin, ia dilihat membawakan susun atur yang hampir serupa seperti model hatchback, dimulakan dengan papan pemuka dengan kemasan trim sarang lebah, skrin infotainmen bertenggek di bahagian atas diikuti dengan konsol tengah yang menempatkan tuil gear manual.
 

Cuiv


Terdapat beberapa ciri khusus untuk Type R seperti tempat duduk sports dengan logo Type R, tali pinggang keledar berwarna merah, serta kemasan jahitan kontras merah di bahagian tengah.

Prototaip Civic Type R yang dikesan membuat pengisian bahan api di stesen minyak ini turut memperlihatkan butiran yang lebih jelas seperti sayap belakang yang lebih besar, sistem ekzos tiga tip di bahagian tengah serta pemadanan kit badan aerodinamik.
 

Civic


Honda Civic Type R 2022 ini juga dijangka membawakan sistem brek Brembo, roda aloi yang ringan, serta talaan suspensi yang lebih sporti.

Tiada sebarang spesifikasi didedahkan buat masa ini, namun Civic Type R generasi baharu ini dijangka menggunakan enjin 2.0 liter turbo yang dinaiktaraf dan ia bakal diperkenalkan secara rasmi pada tahun hadapan.

Sumber: Forum CivicXI