Honda Civic Type R 2021 tiba di Australia - harga naik RM9.1k!

oleh Mohamad Hanif|
Jentera hot hatch Honda Civic Type R 2021 akhirnya mendarat secara rasmi di pasaran Australia membawakan beberapa perubahan yang sama didatangkan pada pasaran lain.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Disebabkan perubahan tersebut, adalah tidak mengejutkan apabila harga jualan Civic Type R 2021 ini meningkat AU$3,000 (RM9.2 ribu) berbanding harga jualan model terdahulu. 

Antara kemas kini yang dibawakan termasuklah perisian baharu untuk Adaptive Damper System yang mampu menilai kondisi jalan raya 10 kali lebih pantas, sekaligus meningkatkan kadar reaksi peredam yang menyumbang kepada pengendalian dan pemanduan yang lebih baik. 
 


Selain daripada itu, pihak jurutera turut menaiktaraf sistem suspensi dengan penggunaan bushing belakang yang telah dikeraskan, sementara bahagian depan pula turut dipasang dengan compliance bushing serta sendi bebola geseran rendah untuk memberikan respon stereng yang lebih tajam. 

Sistem brek turut dipertingkatkan dengan pemasangan cakera brek hadapan jenis two-piece terapung dan pad brek yang didatangkan dengan bahan yang lebih bertahan ketika pemanduan serius. 
 


Antara ciri baharu yang ada pada Civic Type R 2021 adalah Active Sound Control yang mampu menjadikan not enjin lebih bertenaga ketika memasuki mod Sport dan +R. 

Untuk memudahkan pemandu memantau prestasi, Honda telah memasang datalogger Honda LogR yang disambungkan kepada sistem komputer kereta di mana data-data ini boleh diakses menerusi aplikasi peranti pintar. 
 


Kuasa Civic Type R masih lagi sama, iaitu 306 hp dan 400 Nm hadir dari enjin 2.0 liter turbo VTEC, namun sistem penyejukan dipertingkatkan dengan gril yang lebih besar. 

Kuasa tersebut disalurkan kepada roda hadapan menerusi transmisi manual enam nisbah kelajuan dengan fungsi rev-match, di mana pemandu kini mendapat tombol gear baharu jenis teardrop dan roda stereng balutan Alcantara. 
 


Harga untuk kesemua pakej di atas? AU$54,990 (RM168,619).