Honda Civic terbabas ke kolam takungan najis ketika cuba lari selepas terlanggar 'rider'

oleh Penyumbang Rencana|
Gara-gara ketakutan selepas terbabit kemalangan, seorang pemandu kereta Honda Civic terbabas ke kolam takungan najis di Sungai Petani pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pemandu terbabit pada mulanya memberikan alasan terlepas simpang, menyebabkannya membelok secara tiba-tiba sebelum berlaku kemalangan dengan seorang penghantar makanan.

Menurutnya, kejadian pada jam 4.25 petang di hadapan sebuah stesen minyak di Taman Sri Wang itu berlaku apabila pemandu kereta berusia 20-an dikatakan terlanggar penunggang motosikal tersebut ketika ingin membelok.

"Pemandu kereta yang panik dikatakan bergegas meninggalkan kawasan kemalangan dipercayai akibat ketakutan sementara mangsa mengalami kecederaan di bahagian dahi dan pipi selain calar di bahagian tangan dan kaki.

"Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, kereta yang dipandu lelaki terbabit dilaporkan telah terjatuh ke kolam takungan najis lebih kurang 100 meter dari lokasi kejadian pertama," katanya.

Menurut Wan Azharuddin, rakaman percakapan telah dijalankan dan kenderaan terlibat telah ditahan untuk pemeriksaan lanjut.

- sekiranya tengok video dari kamera papan permuka, pemandu ini bagaikan 'dirasuk' dan memandu secara merbahaya-

civic
 Foto Ihsan PDRM

 Sinar Harian

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, polis belum menahan lelaki berusia 31 tahun terbabit untuk membantu siasatan kerana…
Berita Global
Civic generasi awal ini sebelum ini terkenal sebagai kereta kompak yang ringkas, ringan dan cekap…
Telah Diuji
Di sinilah segalanya bermula, asas kepada Civic baharu, Accord seterusnya, dan mungkin satu era…