Honda Civic Sport Line 1.0 Turbo, Civic dengan pengaruh Type R untuk UK

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda Civic adalah sedan yang penting buat Honda dengan peminat di serata dunia. Memanggil Civic sebagai sebuah sedan tidak tepat kerana model ikonik ini mempunyai beberapa jenis badan seperti hatchback dan coupe dua pintu.

Tidak terhenti di situ, Civic juga mempunyai varian berprestasi iaitu Type R. Populariti dan kehebatan Civic Type R memberi ilham kepada peminat untuk mengubahsuainya seperti varian paling berkuasa tersebut.

Jika ada yang berasa aneh bila terserempak dengan versi ubah suai, memang wajar kerana Civic Type R diasaskan daripada model hatchback dan bukan sedan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Honda Civic Sport Line

 

Tidak semua negara dipasarkan dengan Civic hatchback dan di antara pengguna yang boleh memilikinya ialah di United Kingdom.

Di sana, peminat tidak perlu susah-susah menukar kit badan kerana Honda baru sahaja melancarkan varian Sport Line yang mempunyai gayaan ala Type R.

Civic Sport diberikan skirt pada bahagian depan dan belakang, peresap (diffuser) belakang dan spoiler kecil yang menampilkan imej sporti. Spoiler tinggi Type R biarlah eksklusif untuk varian berprestasi itu. 

 

Honda Civic Sport Line

 

Gayaan sporti diteruskan dengan roda aloi saiz 17 inci dalam warna hitam kilat. Kelihatan premium ialah lampu LED penuh dan lampu nyalaan siang. 

Dengan kit badan dan roda 17 inci, Civic Sport Line ini nampak sarat dan menyerlah ditambah pula dengan warna gelap berkilat.

Bahagian dalam kereta tidak terkecuali dengan gaya sporti. Varian ini dikemaskan dengan sulaman merah pada kerusi, stereng, tombol gear dan panel pintu dan pedal aluminium berronga.

Sistem infohibur Honda CONNECT mempunyai radio DAB, Apple CarPlay dan Android Auto.

 

Honda Civic Sport Line

 

Kemasan badan yang sporti sebenarnya mempunyai enjin yang menarik di bawah bonet. Civic Sport Line digerakkan oleh enjin 1.0 liter tiga silinder VTEC Turbo dengan kuasa 126 PS dan tork 200 Nm. 

Enjin itu sememangnya kecil untuk sebuah hatchback begini namun kuasa yang dibekalkan sudah memadai untuk pemanduan harian.

Sebagai pilihan, pengguna ditawarkan dengan transmisi manual enam kelajuan atau CVT yang mempunyai paddle shift.

Dari segi keselamatan, Civic Sport Line dilengkapi Honda SENSING yang dipasang standard.

 

Honda Civic Sport Line

 

Teknologi bantuan pemanduan itu merangkumi Collision Mitigation Braking System, Adaptive Cruise Control, Lane Departure Warning, Lane Keeping Assist System dan Traffic Sign Recognition.

Varian paling premium dilengkapi Blind Spot Information dengan Cross Traffic Monitor dan fungsi Low Speed Following. 

Di UK Honda Civic Sport Line dijual pada harga £25,510 (RM138,892) bagi transmisi manual dan £26,910 (RM146,514) untuk transmisi CVT.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…
Berita Global
  Nampaknya trend penurunan harga kenderaan elektrik (EV) bukan lagi terpencil. Semasa…