Honda Civic facelift di Jepun juga hadir dengan varian LX dan EX, di mana ia ditawarkan dengan sama ada enjin petrol 1.5 liter turbo atau rangkaian kuasa hibrid "Sports e:HEV" dan semuanya dipadankan dengan transmisi CVT kecuali untuk varian RS.
Dari segi luaran, Civic facelift itu kelihatan sama dengan konsep yang dipamerkan pada acara Tokyo Auto Salon 2024 bersama bampar hadapan yang direka bentuk semula.
Bagaimanapun versi dapat RS dibezakan daripada logo khas RS, kemasan lebih gelap dan roda 18 inci berwarna hitam.
Hadir dengan gaya badan hatchback, Civic RS versi facelift itu dilengkapi tetapan suspensi yang lebih sporti, fungsi rev-matching dan transmisi manual 6 kelajuan. Pastinya menjadi alternatif lebih murah untuk Type R FL5.
Transmisi manual 6 kelajuan itu turut dipadankan dengan enjin 1.5 liter VTEC turbo yang menghasilkan sekitar 180 HP dan 240 Nm.
Tak Jepun lah kalau tiada katalog aksesori. Penampilan hot hatch itu boleh diserlahkan lagi dengan pakej aksesori tulen daripada katalog Honda Access.
Antaranya tambahan spoiler besar seakan Civic Type R, pilihan lain termasuk sambungan bampar aerodinamik dan hiasan sporty untuk jeriji turut ditawarkan.
Honda Civic versi facelift itu akan dilancarkan pada bulan September, di mana harga dan spesifikasi lebih lengkap akan diumumkan kemudian.