Honda Civic masuk Eropah, model hatchback dan hibrid sahaja!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda Civic eHEV
Honda Civic eHEV
Sejak dilancarkan pada tahun 1972, lebih 27.5 juta unit Honda Civic telah terjual di serata dunia.

Dari jumlah itu tidak menghairankan mengapa Civic turut popular di negara kita dan mempunyai peminat tersendiri.

Civic di pasaran sekarang adalah dari generasi kesebelas dan seperti biasa ada dua gaya badan ditawarkan iaitu sedan dan hatchback.

Mungkin ada yang tertanya mengapa Civic hatchback tiada di negara kita, jawapannya ada dua iaitu Civic hatchback ditawarkan secara rasmi melalui Type R.

Jawapan kedua pula, Civic hatchback boleh dibeli melalui pengimport bebas.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Honda Civic eHEV

 

Sebenarnya tidak semua pasaran menerima dua jenis Civic sebagai contoh model sedan tidak dijual di Eropah.

Di Amerika Syarikat pula lain ceritanya kerana Civic ada tiga gaya badan iaitu sedan, hatchback dan coupé. Cumanya Civic coupé tidak lagi ditawarkan untuk generasi kesebelas.

Terbaru Honda memperkenalkan Civic e:HEV di Eropah dan ibarat kembali ke habitatnya apabila reka bentuk Civic ini cenderung kepada citarasa di sana.

Ada dua aspek utama di dalam pengenalan ini iaitu hanya rangkaian kuasa hibrid ditawarkan untuk Civic.

Penawaran ini juga melengkapi misi Honda untuk hanya menggunakan nadi elektrifikasi bagi kesemua model massa di Eropah menjelang hujung tahun 2022.

Reka bentuk kekal dengan M/M

 

Honda Civic eHEV

 

Satu daripada ciri utama reka bentuk kereta buatan Honda ialah Man-Maximum, Machine-Minimum (M/M) dan prinsip itu kekal boleh dilihat pada Civic.

Dari pandangan utama, Civic ini nampak matang dan Honda membuat banyak kerja perincian di sebalik reka bentuknya.

Sebagai contoh, garisan bonet diturunkan 25mm berbanding Civic terdahulu manakala luas cermin ditambah untuk mendapatkan bahagian dalaman yang terang dan lapang.

Garisan utama yang lebih rendah juga mempertingkatkan lagi kedudukan kereta dan memberikan ruang pandang lebih baik dari kerusi belakang.

 

Honda Civic eHEV

 

Selain itu, berbanding Civic terdahulu kedudukan tiang A dianjak ke belakang supaya selari dengan bahagian tengah roda depan.

Ciri tersebut menjadikan perkadaran kereta lebih seimbang dan nampak lebih lebar dan tegap dari pelbagai sudut.

Titik tertinggi garisan bumbung pula dianjak ke ke depan berbanding Civic dahulu dengan darjah kecerunan terus kepada pintu but belakang untuk gayaan fastback dan sleek.

Dari segi pembuatan, pintu but belakang dibuat dari resin dan pertama untuk Civic dan 20 peratus lebih ringan berbanding model sebelum ini.

Nadi hibrid e:HEV, tork 315Nm!

 

Honda Civic eHEV

 

Akronim e:HEV membawa maksud kenderaan elektrik hibrid dan hanya rangkaian kuasa itu sahaja untuk pasaran Eropah.

Sistem itu terdiri daripada bateri lithium-ion 72 sel dengan dua motor elektrik saiz kompak dan enjin 2.0 liter kitaran Atkinson dengan teknologi pancitan terus.

Secara kombinasi, output kuasa ialah 125kW (181hp) dengan tork 315Nm!

Seperkara lagi, enjin 2.0 liter Civic mempunyai beberapa ciri baharu dengan kecekapan termal 41 peratus dan satu daripada angka tertinggi untuk kereta jalanan.

 

Honda Civic eHEV

 

Enjin Civic dikawal oleh unit Kawalan Kuasa saiz kompak yang ditempatkan di dalam bonet enjin manakala Unit Kuasa Pintar (IPU) di bawah kerusi belakang.

Sistem pada Civic boleh menukar pacuan sama ada EV, Hibrid dan Enjin tanpa input dari pemandu.

Civic ini juga mempunyai empat mod iaitu Eco, Normal, Sport dan Individual untuk pemandu mengubah respon kereta seperti yang diperlukan.

Satu lagi ciri utama pada sistem e:HEV ialah transmisi gear tetap yang direka bagi mengurangkan geseran mekanikal dan dikawal unit kawalan kuasa pintar.

Honda SENSING

 

Honda Civic eHEV

 

Civic e:HEV dilengkapi kamera depan 100 darjah dan teknologi pengecaman yang ditambah baik bagi meningkatkan keupayaan untuk mengecam pejalan kaki, garisan jalan, batas, motosikal dan penunggang basikal.

Untuk kali pertama juga, Civic dilengkapi sensor sonar iaitu empat di depan dan empat di belakang.

Teknologi lain pada Civic ialah Collision Mitigation Braking System, Lane Keep Assist dan i-ACC, Low Speed Braking Control, Blind Spot Information, Cross Traffic Monitor dan Traffic Jam Assist.

Beg udara pula ada 11 semuanya!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sebagai contoh Honda memasarkan CB125R yang menggunakan enjin paling kecil dalam siri Neo…
Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, Nissan mahu bergerak ke arah penghasilan tren kuasa umum untuk EV,…
Berita Global
  Jarak roda juga sama iaitu 2,830 mm. Dari sisi, Accord nampak begitu panjang dan disumbang oleh…