Honda Civic kekal sedan segmen C nombor satu - kuasai 70 peratus pasaran!

oleh Mohamad Hanif|
Sedan segmen C Honda Civic kekal menjadi model sedan segmen C pilihan rakyat Malaysia apabila Honda Malaysia mengumumkan penguasaan pasaran sebanyak 70 peratus.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Semenjak dilancarkan pada Februari tahun ini, Honda Civic facelift yang didatangkan dengan teknologi Honda SENSING dan Honda LaneWatch telah menerima tempahan lebih daripada 6,500 unit dan terjual lebih daripada 2,900 unit sekaligus menjadi model ketiga Honda yang paling laris.

Ia dipecahkan oleh penguasaan wilayah tengah dengan 44 peratus daripada jumlah jualan, diikuti oleh wilayah Selatan (17 peratus) dan wilayah Utara (15 peratus), dengan warna White Orchid Pearl menjadi warna kegemaran pengguna (42 peratus).

Setakat ini, masa menunggu untuk model Honda Civic adalah sekitar satu bulan dan pihak Honda Malaysia menjamin keterdapatan stok yang mencukupi bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Menurut Toichi Ishiyama, Pengarah Urusan dan CEO Honda Malaysia berkata, "para pelanggan lebih menggemari Honda Civic disebabkan prestasi dan pakej stail luaran, selain didatangkan dengan ciri keselamatan seperti Honda SENSING dan Honda LaneWatch menjadikan pemilikan Civic lebih berbaloi.

 

"Honda Civic kini menjadi satu penanda aras baharu buat sedan segmen C yang menawarkan pakej sedan dengan teknologi termaju dan mudah diterima oleh golongan muda, keluarga, professional dan peminat teknologi.

Honda Civic didatangkan dengan nadi 1.5 liter turbo VTEC yang mampu menjana 173 PS dan 220 Nm, serta ciri-ciri praktikaliti seperti ruang dalaman serta kargo seluas 519 liter.

Kesemua varian Civic dilengkapi dengan ciri keselamatan seperti enam beg udara, Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), Agile Handle Assist (AHA), Bantuan Mula Mendaki (HSA), Amaran Berhenti Kecemasan (ESS), ABS, BA, Brake Hold, dan cagak ISOFIX.

 


Sementara varian tertinggi pula menerima ciri tambahan Honda SENSING, serta ciri Honda LaneWatch yang mampu memberikan imej di kawasan titik buta bagi memastikan penukaran laluan yang lebih selamat.

Harga jualan Honda Civic bermula dari RM109,326.51 untuk varian 1.8S manakala varian tertinggi 1.5 TC-P dengan warna White Orchid Pearl pula bermula dari RM134,934.00 selepas pengecualian cukai jualan yang berkuatkuasa sehingga 31 Disember ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Barangan lain turut ditawarkan seperti tombol gear aluminium warna hitam dengan balutan kulit…
Berita Global
  Menambah gelojak jiwa adalah spesis terbaru untuk pelanggan Jepun iaitu Civic Type R Racing…
Berita Domestik
"Ekoran kejadian itu, pihak polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 28 tahun disyaki pemandu…