Honda Civic kalah, Toyota Corolla model paling laris di Kanada tahun 2022

oleh Mohamad Hanif|
Setelah 24 tahun, model segmen C Toyota Corolla berjaya menduduki tempat pertama sebagai kereta paling laris terjual di Kanada pada tahun lalu (2022), dengan jumlah jualan sebanyak 33,096 unit.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Biarpun dengan prestasi jualan menurun 17 peratus, barisan sedan dan hatchback Corolla itu telah mengenepikan Honda Civic (29,772 unit) di tempat kedua yang turun 31 peratus berbanding tempoh yang sama tahun 2021.

Perkara ini disahkan oleh nasib presiden AutoForecast Solutions yang memberitahu Auto News, penawaran model Corolla yang lebih meluas turut menyumbang kepada peningkatan jualan model tersebut jika dibandingkan dengan model Civic.
 

Corola


Sementara itu, naib presiden jualan dan pemasaran Toyota Kanada, Cyril Dimitris berkata, "saya secara peribadi berpendapat kami telah melakukan kerja yang bagus dalam mengekalkan penawaran produk yang malar segar.

"Dan ia bermakna dengan trenkuasa baharu, pelbagai pilihan enjin serta ciri-ciri baharu. Kami juga turut menambah pilihan pacuan semua roda pada model tersebut untuk varian hibrid.

"Kami juga turut menyuntik tenaga tambahan kepada jenama Corolla menerusi pengenalan model GR Corolla.

Penurunan angka jualan Civic turut disumbangkan oleh kejatuhan angka produksi sebanyak 23 peratus yang disebabkan oleh masalah kekurangan cip semikonduktor, serta isu berkaitan COVID-19 yang masih belum reda sehingga sekarang.

Sumber: Auto News

Berita Berkenaan

Berita Global
  Ini adalah kali pertama di dunia Toyota bekerjasama dengan syarikat pihak ketiga untuk projek…
Berita Global
Dengan empat roda kecil, ia dilengkapi dengan bateri yang boleh diganti dan boleh dipandu di kaki…
Berita Global
Keputusan pembuat kereta Jepun untuk mengurangkan pengeluaran EV didorong oleh kelembapan dalam…