Honda Civic Hybrid kembali ke pasaran AS tahun depan

oleh Mohamad Hanif|
Honda Amerika Syarikat mengumumkan kemunculan semula varian Civic Hybrid untuk pasaran tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Civic versi hibrid itu bakal ditawarkan dalam bentuk badan sedan dan hatchback, sekaligus menyertai model-model hibrid yang ada ditawarkan di sana termasuklah CR-V Hybrid dan Accord Hybrid.

Difahamkan, produksi Civic Hybrid sedan akan mengambil tempat di kilang Ontario, Kanada pada musim bunga tahun hadapan, sementara model hatchback pula akan dipasang di kilang Indiana Auto Plant.
 

RS


Sistem trenkuasa elektrik dengan dua motor itu akan dibina di kilang Honda Transmission Plant di Ohio, manakala enjin 2.0 liter kitaran Atkinson itu akan dipasang di Anna Engine Plant, Ohio.

Honda Civic Hybrid (dalam varian Civic RS e:HEV) telah pun dilancarkan di Malaysia pada penghujung tahun 2022.

Ia membawakan nadi 2.0 liter kitaran Atkinson yang dipadankan dengan dua motor elektrik, mampu menjana kuasa setinggi 181 hp dan daya kilas 315 Nm.

Tetapan yang sama turut dibawakan pada model Accord Hybrid (sayang sekali tidak akan masuk sini), namun dengan hamburan kuasa yang lebih tinggi, sekitar 204 hp dan 334 Nm.

Baca: Pandu Uji Honda Civic RS e:HEV 2022