Honda Civic Hatchback 2022 rasmi dilancarkan

oleh Mohamad Hanif|
Seperti yang dijanjikan, Honda secara rasminya melancarkan varian hatchback kepada model sedan segmen C generasi baharu mereka Civic 2022 yang direka untuk pasaran tertentu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dan sudah pasti, Malaysia bukan salah satu daripada pasaran tersebut melainkan sekiranya pihak Honda Malaysia masih lagi sudi membawakan varian berprestasi Type R generasi baharu pada masa akan datang.

 

 


Seperti penampilan versi sedan, versi hatchback ini masih lagi mengekalkan ciri-ciri rekaan yang sama pada bahagian hadapan dengan penampilan yang lebih elegan.

Namun, pada bahagian belakang, versi hatchback menampilkan pintu liftgate dengan rekaan lampu belakang yang lebih unik (seakan model Dodge Charger) yang dihubungkan dengan jalur nipis mengikut bentuk spoiler belakang.

Secara ringkasnya, apa yang dibawakan pada model sedan adalah sama sahaja dengan versi hatchback, termasuklah skrin kluster digital bersaiz tujuh atau 10.2 inci, sistem infotainmen tujuh atau sembilan inci (bergantung kepada varian), serta sokongan Apple CarPlay dan Android Auto nirwayar.

 


Tidak ketinggalan, rekaan papan pemuka yang menampilkan trim hiasan sarang lebah (ada orang suka panggil hanichom).

Sebagai sebuah hatchback, ia lebih praktikal berbanding versi sedan yang membenarkan ruang kargo diakses dengan lebih mudah, dibantu dengan tempat duduk yang boleh dilipat dalam nisbah 60:40.

Selain daripada itu, ruang kaki penumpang belakang juga turut bertambah sebanyak 36 mm.

 


Honda menawarkan dua enjin yang berbeza, di mana versi asas datang dengan enjin 2.0 liter yang menjana 158 hp dan 187 Nm, sementara versi tertinggi pula dilengkapi enjin turbo 1.5 liter yang mampu menghasilkan 180 hp dan 240 Nm, serta dipadankan dengan sistem transmisi CVT atau manual yang khusus untuk varian Sport dan Sport Touring sahaja.

Tidak seperti model sedan, versi hatchback ini turut mendapat manfaat daripada struktur yang lebih tegar, sistem suspensi yang telah ditala semula, serta sistem stereng yang telah ditambahbaik bagi menawarkan respon pengendalian yang lebih mengujakan.

Selain daripada itu, Honda juga menjanjikan aspek NVH jauh lebih baik dalam mengekalkan aspek pemanduan sporti Civic Hatchback ini.

 


Ciri keselamatan Honda SENSING turut didatangkan pada Civic Hatchback, dengan kelengkapan perkakasan dan perisian yang lebih berkuasa, dibantu dengan kamera sudut lebar.

Menurut Honda, pemandu boleh menjangkakan respon yang lebih cepat, serta brek yang lebih natural ketika menggunakan ciri Kawalan Jelajah Adaptif, ciri Bantuan Kekal Laluan dan sebagainya.

Memandangkan kilang Honda di Swindon, UK telah pun ditutup, produksi Honda Civic Hatchback 2022 bakal dibuat di kilang Greensburg, Indiana.

Baca: Honda Civic 2022 - kembali ke falsafah "Man Maximum/Machine Minimum"

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Selepas kehadiran model Viewt (Yaris) dan Himiko (Miata), Mitsuoka kini tampil dengan sebuah model…
Berita Global
  Sebenarnya tidak semua pasaran menerima dua jenis Civic sebagai contoh model sedan tidak dijual…
Berita Global
Salah satu varian yang dimaksudkan itu adalah Civic dengan trenkuasa hibrid, atau lebih tepat lagi…