Honda Civic generasi kelapan dengan jarak perbatuan 800 ribu kilometer!

oleh Mohamad Hanif|
Dalam beberapa siri kajian kenderaan yang paling boleh dipercayai pernah kami paparkan, jarang sekali kenderaan jenama Honda tersenarai sebagai kenderaan yang mampu mencapai jarak perbatuan melebihi angka-angka tertentu.

Namun, contoh yang kami bawakan kali ini membuktikan bahawa dengan penjagaan yang baik, ia mampu mencapai jarak perbatuan yang anda tidak pernah bayangkan untuk sebuah kereta Honda. 

 


Menurut satu bebenang dari laman sosial Reddit, seorang pemilik sebenar Honda Civic tahun 2011 (generasi kelapan) memuat naik sebuah rakaman video yang menunjukkan kereta beliau mencapai jarak perbatuan 500,000 batu (804,672 km) tanpa sebarang masalah major. 

Kereta tersebut dibeli dari pusat jualan kenderaan terpakai dengan jarak perbatuan 32,000 batu (51,499 km) pada tahun 2015. 

Memandangkan ia satu-satunya kenderaan beliau, pemilik tersebut berulang alik dari tempat kerja sejauh 2,000 batu (3,219 kilometer) setiap minggu, atau jika dikira tempoh lima hari bekerja, beliau sebenarnya memandu kira-kira 321 kilometer sehari!

Tambah pemilik itu lagi, beliau tidak melakukan apa-apa modifikasi, dan menukar coolant dan bendalir transmisi mengikut jadual yang telah ditetapkan, iaitu sekitar 40 ribu batu (64,373 km) manakala penukaran minyak hitam pula setiap 10 ribu - 12 ribu batu (16,093 - 19,312 kilometer). 

 

Sumber: Reddit, Youtube

Add new comment