Honda Civic generasi ke-11 bakal dilancarkan di Thailand 6 Ogos ini

oleh Mohamad Hanif|
Tidak perlu menunggu dengan lebih lama, Honda kini mengorak langkah seterusnya dengan membawakan sedan segmen C generasi ke-11 mereka, Honda Civic ke pasaran Thailand, sekaligus merangkap negara pertama yang melancarkan Civic versi pemanduan sebelah kanan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada laman web automotif Headlightmag, Honda Thailand dijangka akan memperkenalkan Civic baharu secara rasmi pada 8 Ogos ini dan model sedan itu akan dipasang di kilang Ayutthaya.

Apa yang menarik perhatian adalah penawaran enjin di mana Honda Civic bakal ditawarkan dalam satu pilihan enjin sahaja, iaitu enjin empat silinder sebaris 1.5 liter turbo (kod nama L15B7) yang telah digunakan pada Civic FC sebelum ini.

Sementara enjin 1.8 liter aspirasi natural pula tida akan ditawarkan, namun Honda berkemungkinan besar akan melancarkan versi hibrid e:HEV menjelang tahun hadapan.

 


Untuk generasi baharu, Honda telah meningkatkan kuasa output kepada 182 hp dan 240 Nm yang masuk penuh antara julat putaran enjin 1,700 rpm-4,500 rpm, meningkat daripada 173 hp/220 Nm pada model yang terdahulu.

Penawaran transmisi CVT dijangka akan diteruskan pada model Civic yang terbaharu ini.

Dari segi dimensi, Civic generasi ke-11 membawakan ukuran panjang 4,673 mm, lebar 1,800 mm, tinggi 1,414 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,735 mm.

 


Jika dibandingkan dengan Civic FC generasi ke-10, model baharu ini jauh lebih panjang 25 mm, lebar bertambah 1 mm, lebih rendah 2 mm dan jarak antara roda 37 mm lebih panjang.

Segala informasi lanjut hanya akan didedahkan dengan lebih terperinci menjelang pelancaran rasmi Honda Civic generasi ke-11 pada 6 Ogos ini.

Malaysia? Menurut temubual bersama Presiden Honda Sarly Adle Sarkum tempoh hari, beliau memberikan bayangan sedan itu dijangka tiba di tanah air pada tahun ini.

Baca: Honda Civic generasi ke-11 - kembali ke falsafah Man Maximum/Machine Minimum
Baca: Honda Civic Hatchback 2022

Sumber: Headlightmag

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Menyusahkan oranglah engkau ni. Sebab kau bodoh la kau kerja tol. Buka! Buka! Kalau pandai kau tak…
Berita Domestik
Beliau berkata, video tersebut memaparkan sebuah kereta jenis Honda Civic merempuh sebuah motosikal…
Berita Domestik
Beliau berkata, video itu memaparkan seorang anggota polis trafik cuba memberhentikan kereta jenis…