Honda Civic generasi baharu dijangka tiba tahun ini - presiden Honda Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Kita sudah pun melihat rupa sebenar Honda Civic generasi kesebelas yang dijangka pelancaran rasminya di peringkat global pada 28 April ini.

Namun, mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana pula dengan pasaran Malaysia? Adakah kita bakal menerima model sedan segmen C ini lebih awal?

Dalam satu temubual yang dijalankan oleh WithDream, presiden dan COO Honda Malaysia Sarly Adle Sarkum ditanya berkenaan sesuatu menarik yang bakal dibawakan oleh Honda Malaysia pada tahun ini.

Jawapan balas yang diberikan oleh Sarly jelas memberikan petunjuk bahawa Honda Malaysia sedang merancang untuk memperkenakan sedan generasi baharu itu pada tahun ini.

Bagi mereka yang tidak sabar untuk menantikan senarai spesifikasi Honda Civic 2022, anda boleh menonton siaran langsung pelancaran Civic generasi baharu menerusi saluran Twitch Live Nation dan Yotube Honda Stage pada 28 April ini.

Sumber: Honda Malaysia

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Kejadian yang berlaku pada hari Ahad (semalam), pada pukul 7.25 pagi turut disahkan oleh Ibu…
Berita Global
  Angka 315 hp meletakkannya sebagai model produksi Civic Type R paling berkuasa pernah dijual di…
Berita Global
Dalam notis yang dipaparkan di laman web rasmi, Honda meminta maaf kepada para pelanggan telah…