Honda Civic FK hatchback terima warna Type R dan ciri Honda Sensing untuk pasaran Thailand

oleh Mohamad Hanif|
Berbeza dengan pasaran Malaysia yang menerima Honda Civic FC sedan, pasaran di negara Thailand pula menerima versi Honda Civic FK hatchback, iaitu bentuk yang hampir sempurna untuk ditukar kepada versi Type R.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Laporan daripada rakan media daripada negara jiran, Headlightmag menyebut Honda Civic hatchback FK bakal didatangkan kemaskini ke pasaran Thailand tidak lama lagi. 

Hatchback lima pintu segmen C tahun pembuatan 2019 (MY2019) itu dikatakan akan menerima warna baharu Brilliant Sporty Blue Metallic - warna rasmi yang dilayangkan pada model prestasi Honda Civic Type R. 
 


Selain daripada itu, Civic FK hatchback ini juga bakal menerima ciri Honda Sensing terdiri daripada amaran pelanggaran hadapan, sistem brek kecemasan autonomi, amaran penukaran laluan, bantuan pengekalan laluan, sistem mitigasi jalan raya dan kawalan pelayaran adaptif sebagai ciri standard dan dijangka menjengah pasaran Thailand di dalam suku pertama tahun ini. 


Didatangkan dalam satu pilihan enjin tunggal sahaja, enjin turbo 1.5 liter L15B7 itu mampu menjana kuasa setinggi 173 PS dan 220 Nm daya kilas sebelum digandingkan dengan transmisi CVT. 

 


Di negara jiran, Honda Civic hatchback dijual pada harga 1,169,000 baht (RM150,606) sahaja. 

Pada hemat kami, ada baik juga sekiranya Honda Malaysia membawa masuk versi hatchback ini ke pasaran tempatan, secara tidak langsung ia membantu mereka yang ingin memasang kit badan Honda Civic Type R dengan mudah, dan tidak kekok pula apabila melihatnya. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Selepas kehadiran model Viewt (Yaris) dan Himiko (Miata), Mitsuoka kini tampil dengan sebuah model…
Berita Global
  Sebenarnya tidak semua pasaran menerima dua jenis Civic sebagai contoh model sedan tidak dijual…
Berita Global
Salah satu varian yang dimaksudkan itu adalah Civic dengan trenkuasa hibrid, atau lebih tepat lagi…