Honda Civic EP3 Si USDM, macam Type R tapi bukan!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda Civic Si 2005
Honda Civic Si 2005
Di Amerika Syarikat tiada Honda Civic Type R dijual secara rasmi sehingga Type R FK8R ditawarkan pada 2017. Jadi bagaimana peminat Honda bermain dengan prestasi di sana?

Tiada masalah kerana bengkel dan penala di sana bukan calang-calang dan kerap menjadi rujukan negara lain.

Kepada peminat yang mahukan model sporti rasmi, Honda menggantikannya dengan siri Si.

Akronim itu merujuk kepada Sport Injected dan pengguna di AS boleh menikmatinya seawal Civic generasi ketiga lagi iaitu pada tahun 80an.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Honda Civic Si 2004

 

Kemudian CRX Si diperkenal dan Civic Si generasi keempat pula menyusul pada lewat 80an. Varian Civic Si terus ditawarkan sehingga generasi keenam.

Pada generasi keenam, Civic Type R (EK9) diperkenal di Jepun yang merupakan model Civic Type R pertama selepas Integra Type R.

Semasa generasi ketujuh, Honda pertama kali menawarkan Civic Type R (EP3) pada 2001 untuk pasaran United Kingdom yang dipasang di kilang Honda Swindon, England.

Model itu dieksport ke Jepun dan mempunyai spesifikasi berbeza dengan Type R EDM (European Domestic Model) dari segi talaan casis dan kuasa enjin. Type R JDM lebih 'hardcore' berbanding Type R EDM.

Satu perkara menarik tentang EP3 ialah reka bentuknya yang universal atau bersifat global. Dengan bentuk berkotak, ia mengimbas kembali Civic generasi ketiga.

 

Honda Civic Si 2004

 

Satu lagi kisah menarik apabila EP3 yang dipasang di UK turut dieksport ke AS pada tahun awal 2002 dalam varian Si.

Jika Type R JDM dan EDM garang dengan kit badan sekeliling badan, Civic Si pula tampil dengan kit badan sederhana dan menariknya dipasangkan moonroof.

Sejak dari awal Civic Si memang begitu, lebih kepada imej touring berbanding prestasi tinggi pada Type R.

Walaupun tampil sederhana, Civic Si dibekalkan enjin 2.0 i-VTEC K20A3 berkuasa 160 hp pada 6,500 rpm dan tork 179 Nm pada 5,000 rpm.

Output kuasa pada masa itu tertinggi berbanding mana-mana Civic di AS. Enjin Civic Si dipadan dengan transmisi lima kelajuan manual nisbah pendek (close-ratio).

Selain kotak gear jenis nisbah pendek, ciri sporti lain pada Civic Si ialah suspensi yang lebih tegar berbanding Civic lain.

 

Honda Civic Type R EP3 JDM
Honda Civic Type R EP3 JDM

 

Turut dibekalkan ialah bar penstabil depan dan belakang, cakera brek depan dan belakang lebih besar dan tayar saiz 195/60 R15.

Untuk ciri keselamatan, Civic Si mempunyai sistem brek ABS, EBD, dua beg keselamatan depan dan pilihan beg keselamatan sisi.

Mengenai harga, Honda Civic Si dijual pada USD19,000 untuk varian standard dan USD19,250 bagi varian dengan beg keselamatan. 

Selepas generasi ketujuh, Honda AS terus menawarkan Civic Si untuk generasi kelapan (FD), kesembilan (FB) dan terbaru Civic Si generasi kesepuluh (FC).

Buat pertama kalinya juga, peminat di AS mempunyai alternatif paling berkuasa iaitu Honda Civic Type R FK8R.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Kredit foto: Honda

 

Honda Civic Si Coupe 2020
Honda Civic Si Coupe 2020

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, tidak seperti penawaran transmisi manual yang biasanya dikhususkan untuk varian aras mula,…
Berita Global
Untuk acara SEMA 2021 yang bakal berlangsung, Honda akan membawakan sehingga tujuh unit kenderaan…
Berita Global
Civic Si masih lagi mengekalkan enjin 1.5 liter turbo, namun kuasa kuda tersebut dikurangkan kepada…