Honda Civic EK9, S2000 20th Anniversary di Tokyo Auto Salon 2020

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan acara Tokyo Auto Salon yang bakal berlangsung pada bulan Januari ini, Honda Access - divisyen pembuat aksesori Honda - mengumumkan barisan kenderaan yang akan dipamerkan tidak lama lagi.

Bagi para peminat Honda, dua buah model yang bakal dibawakan ini cukup menarik, dan salah satu daripadanya adalah Honda Civic EK9 Type-R atau nama rasminya Honda Civic Cyber Night Japan Cruiser 2020 ini dibangunkan berdasarkan Civic Type R generasi pertama EK9.

Projek kustom ini menggambarkan interpretasi moden terhadap kenderaan golonga muda masa kini, dan masih mengekalkan ciri-ciri hatchback yang kita kenali selama ini. 

Namun, ia telah menambah beberapa komponen kit badan seperti bumper hadapan yang agresif, lampu utama yang lebih moden dan mempunyai eyelids, rim aero, serta spoiler bumbung di bahagian belakang.

 


Sebuah lagi model yang dibawakan adalah Honda S2000 20th Anniversary Prototype.

Honda S2000 mula diperkenalkan kepada umum pada tahun 1999 dan dengan enjin F20C tarik belakang, Honda S2000 diiktiraf sebagasi sebuah kereta sports yang memiliki output kuasa spesifik per liter paling tinggi untuk mana-mana kenderaan produksi massa. 

Versi 20th Anniversary Prototype yang bakal dibawakan ini banyak menampilkan barangan kustom seperti bumper hadapan dengan rekaan gril yang lebih garang, lampu utama yang dikelamkan, rangka cermin hadapan, cermin sisi dan juga roda aloi. 

Selain daripada itu, sistem suspensi turut disemak semula dan daripada gambar yang dibekalkan, Honda S2000 20th Anniversary Prototype ini juga menampilkan tempat duduk jenis bucket. 
 


Selain daripada S2000 dan Civic EK9, Honda juga bakal membawakan sebuah konsep minivan digelar sebagai Kachatto-Wagon yang dibangunkan berdasarkan Honda Step WGN. 

Ia merupakan kenderaan yang diubahsuai bagi memuatkan layout atau susunan tempat duduk yang lebih fleksibel dan mampu memuatkan basikal, kerusi roda atau barangan lain. 


Manakala Aibou (terjemahan: kawan) (gambar bawah) pula merupakan kenderaan pertama untuk kanak-kanak. 

 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Hot hatch ini diperlihatkan secara rasmi bersempena dengan Tokyo Auto Salon 2020 yang bermula pada…
Berita Global
Hadiah tersebut berupa model berskala yang diproduksikan oleh Tomica, iaitu sebuah model replika…
Berita Global
Selain daripada projek Nissan GT-R Convertible dan Toyota GT86 Sedan yang kami siarkan sebelum ini…