Honda Civic dilarikan 'pelanggan' palsu

oleh SALINA JALIL|
Seorang lelaki dan wanita berpura-pura mahu membeli sebuah kereta dari sebuah kedai terpakai di Taman Melodies di Johor Bahru sebelum melarikan kenderaan itu dalam kejadian pada Jumaat.


Namun tidak sampai 24 jam, kedua-dua suspek berusia 20-an itu berjaya diberkas di Taman Berjaya, Simpang Renggam, Kluang.


MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, pada mulanya jurujual berkenaan membuat laporan polis kehilangan kereta itu dan tidak memberitahu cerita sebenar.
 

 

"Semasa disoal siasat Bahagian Siasatan Jenayah mendapatinya membuat laporan palsu, kereta itu sebenarnya dilarikan pasangan itu yang berpura-pura menjadi pelanggan.

 

"Bertindak atas maklumat pada jam 10 pagi Sabtu, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah D4 Johor Bahru Selatan dibantu Balai Polis Simpang Renggam membuat serbuan di sebuah rumah di taman tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

 

Menurutnya, menerusi serbuan itu pihak polis berjaya menahan kedua-dua suspek dan merampas kereta yang dilaporkan hilang.

 

"Semakan mendapati kedua-duanya mempunyai rekod jenayah lampau dan masih dikehendaki polis. Kedua-duanya ditahan direman selama empat hari bermula 11 hingga 14 Julai bagi membantu siasatan.

 

"Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara satu hingga tujuh tahun dan denda," katanya.

 

Mohd Padzli berkata, jurujual yang membuat laporan palsu itu pula disiasat di bawah 379A/182 Kanun Keseksaan dan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

 

"Jika sabit kesalahan boleh dipenjara enam bulan, denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali," katanya.

 

 

 

 

Sinar Harian
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Menyusahkan oranglah engkau ni. Sebab kau bodoh la kau kerja tol. Buka! Buka! Kalau pandai kau tak…
Berita Domestik
Beliau berkata, video tersebut memaparkan sebuah kereta jenis Honda Civic merempuh sebuah motosikal…
Berita Domestik
Beliau berkata, video itu memaparkan seorang anggota polis trafik cuba memberhentikan kereta jenis…