Honda Civic 2022 mula jual di AS, harga dari RM89.8k!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda Civic Sedan Sport dengan kit HPD Package
Honda Civic Sedan Sport dengan kit HPD Package
Setelah diperkenalkan pada April 2021, Honda Civic generasi ke-11 kini boleh didapati di bilik pameran di Amerika Syarikat. 

Kenapa Amerika Syarikat mendahului dan bukan negara lain? 

Pengguna di sana sememangnya gemarkan Civic dan ia adalah kereta kompak terlaris (segmen setiap negara tidak semestinya sama) di Amerika Syarikat sejak tahun 1973.

Pada tahun 2020 sahaja sebanyak 261,225 unit Civic terjual dan merupakan model kelapan terlaris di Amerika Syarikat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Honda Civic Sedan Sport dengan kit HPD Package
Honda Civic Sedan Sport dengan kit HPD Package

 

Sejak diperkenalkan kepada umum, reka bentuk Civic generasi ke-11 menjadi perbualan hangat susulan gaya selamat yang dibawa dan berbeza dengan generasi kesepuluh.

Gaya yang lebih selamat itu bukan hanya pada bahagian luar tetapi turut merangkumi dalaman yang ringkas dan bersahaja.

Namun apa yang pasti ialah Honda membuat banyak pembaharuan pada bahagian badan, casis, rangkaian kuasa, teknologi keselamatan dan perincian (refinement) keseluruhan.

 

Honda Civic Sedan Touring
Honda Civic Sedan Touring

 

Buat permulaan, kesemua Civic generasi ke-11 dilengkapi teknologi Honda Sensing® terbaru dengan ciri-ciri tambahan.

Di antaranya ialah Traffic Jam Assist dan operasi lebih lancar pada sistem Adaptive Cruise Control (ACC) dan Lane Keeping Assist System (LKAS).

Juga standard untuk kesemua varian ialah peringatan kerusi dan tali pinggang keledar bahagian belakang.

 

Honda Civic Sedan Touring
Honda Civic Sedan Touring

 

Berikut ialah pembahagian varian dan enjin Honda Civic pasaran Amerika Syarikat:

Honda Civic LX - USD21,700 (RM89,838)

Enjin 2.0L DOHC i-VTEC.

  • 158 hp pada 6,500 rpm, tork 187 Nm pada 4,200 rpm.
  • Transmisi CVT.
  • Skrin sentuh berwarna saiz tujuh inci dengan Apple CarPlay® dan Android Auto™.
  • Butang push start.
  • Meter separa digital.
  • Lampu LED.
  • Varian paling mampu milik.

Honda Civic Sport - USD23,100 (RM95,634)

 

14 2022 Honda Civic Sedan Sport

 

  • Enjin dan transmisi sama seperti Civic LX.
  • Roda aloi 18 inci dengan tayar profail rendah.
  • Muncung ekzos krom.
  • Kemasan dalaman warna hitam.
  • Sistem audio dengan lapan pembesar suara yang dipertingkatkan.
  • Kemasan kerusi khas.
  • Stereng dan tombol gear balutan kulit.
  • Paddle shifter, pedal sport.
  • Mod pemanduan Sport.

Honda Civic EX - USD24,700 (RM102,258)

  • Enjin 1.5L VTEC Turbo.
  • 180 hp pada 6,000 rpm (tambahan 6 hp berbanding model sebelum), tork 240 Nm (tambahan 20 hp) dari 1,700 rpm - 4,500 rpm.
  • CVT talaan baharu untuk lebih respon. 
  • Sistem maklumat titik buta.
  • Moonroof dengan bukaan gelungsur satu sentuhan.
  • Kerusi dan cermin sisi dengan pemanas.
  • Kawalan suhu dua zon automatik.

Honda Civic Touring - USD28,300 (RM117,162)

 

Honda Civic Sedan 1.5L Turbo dan CVT
Honda Civic Sedan 1.5L Turbo dan CVT

 

  • Enjin dan transmisi sama seperti Civic EX.
  • Kerusi balutan kulit.
  • Kerusi depan berkuasa.
  • Sistem navigasi satelit, radio Sirius XM.
  • Skrin sentuh berwarna saiz sembilan inci dengan integrasi tanpa wayar Apple CarPlay® and Android Auto™.
  • Sistem audio premium Bose.
  • Pengecasan telefon pintar tanpa wayar.
  • Paparan meter digital penuh saiz 10.2 inci dengan menu boleh ubah.
  • Sensor undur dan depan.
  • Mod pemanduan Sport.
  • Lampu kabus LED.
  • Kawalan pembrekan kelajuan rendah - Pertama untuk Civic.
  • Varian paling premium.

Selain pengumuman varian dan harga ini Honda juga mengesahkan Civic generasi ke-11 akan merangkumi beberapa varian lagi seperti Hatchback, Si dan paling menarik ialah Type-R!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Honda Civic Sedan Sport dengan kit HPD Package
Honda Civic Sedan Sport dengan kit HPD Package

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…
Berita Global
  Nampaknya trend penurunan harga kenderaan elektrik (EV) bukan lagi terpencil. Semasa…