Honda Civic 2019 tampil dengan Honda Sensing sebagai ciri standard untuk semua varian

oleh Mohamad Hanif|
Sementara itu, Honda Civic Sedan dan Coupe 2019 baharu sahaja menjejakkan kaki ke pasaran Amerika dengan beberapa kemas kini untuk tempoh pertengahan pasaran.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara perubahan yang boleh dilihat ialah rekaan bumper hadapan dan apron yang telah diperhalusi semula, gril hadapan yang kini dengan kemasan berwarna hitam piano dan kemasan krom pada bumper hadapan untuk model Sedan.

 


Manakala model Sport pula tampil dengan rekaan rim 10 batang bersaiz 18 inci aloi dengan kemasan Berlina Black dan sistem infotainmen 7 inci dengan ciri sambungan Apple CarPlay dan Android Auto. 

Honda Civic Sport tampil dengan enjin aspirasi natural 2.0 liter VTEC dengan gandingan kotak gear manual enam kelajuan sebagai ciri standard ataupun CVT sebagai pilihan. 

Tidak terhad kepada naik taraf kosmetik semata-mata, Honda juga turut menawarkan ciri bantuan pemanduan Honda Sensing sebagai standard untuk kesemua varian Honda Civi sedan dan Sport tanpa sebarang penambahan kos. 
 


Ciri yang dilengkapkan termasuklah Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran dengan Amaran Pelanggaran Hadapan, Amaran Penukaran Laluan, Sistem Mitigasi Penukaran Laluan, Bantuan Pengekalan Laluan serta Sistem Pemanduan Adaptif. 

Honda Civic 2019 dijangka akan 'menyerang' bilik pameran Honda di Amerika bermula musim luruh tahun ini. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dari segi luaran, versi facelift 2023 itu didatangkan dengan sedikit perubahan, pada bahagian depan…
Model Terbaharu
Berbanding generasi terdahulu, HR-V generasi baharu kini didatangkan dengan penampilan yang lebih…
Model Terbaharu
Sama seperti sedan City V-SENSING yang dilancarkan sebelum ini, City Hatchback V-SENSING turut…